Oleh Dr Maszlee Malik
Syabas diucapkan kepada Mahasiswa dan pihak pengurusan Universiti Malaya kerana buat pertama kalinya dalam sejarah selepas 50 tahun, pilihan raya kampus di universiti terulung negara ini bakal dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan.
Apa yang lebih menarik, selain daripada menentukan perwakilan, mahasiswa di Universiti Malaya juga sudah mampu menubuhkan ‘Suruhanjaya

Loading...
Pilihan Raya’ mereka sendiri yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (JPRKUM).
Jawatankuasa yang dianggotai 19 mahasiswa dalam pelbagai bidang pengajian ini diketuai oleh seorang wanita, Vanessa Eunice Scully yang bertindak sebagai Presiden.
Ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan menyeluruh Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah landskap demokrasi dan kebebasan bersuara di institusi pendidikan tinggi yang bermula dengan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) oleh Kementerian Pendidikan di Parlimen pada Disember lalu.
Pemansuhan ini menjadi detik bersejarah menghapuskan sekatan berpolitik yang selama ini membelenggu mahasiswa kita.
Saya amat menghargai kesungguhan untuk menghidupkan demokrasi di peringkat kampus seperti ini, malah lebih membanggakan apabila proses penamaan calon yang dijalankan semalam berakhir dengan penuh kebebasan dan sejahtera. Ini menunjukkan kita memiliki kelompok mahasiswa yang matang dan bertanggungjawab dalam memelihara kebebasan yang diberikan.
Apa yang dilakukan oleh Universiti Malaya ini boleh dicontohi oleh universiti lain di seluruh negara kerana ini ialah ruang dan kesempatan terbaik untuk kita sama-sama mendidik mahasiswa mengenal pengertian dan proses demokrasi sebenar.
Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bertanding, buktikan kepada seluruh negara bahawa Mahasiswa ialah tonggak terpenting untuk menerajui negara.
Syabas sekali lagi Universiti Malaya!