Loading...
baseline;">Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming berkata, audit yang telus wajib dibuat.
Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, ia berikutan penyata kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 menunjukkan rizab terkumpul negatif.
“DAP berasa tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar dan satu audit penuh yang telus perlu demi menjamin hak pendeposit,” kata Ahli Parlimen Taiping itu.
Beliau merujuk kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengesahkan menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya.
Ia berikutan dokumen yang bocor itu dikatakan memperincikan nasihat oleh bank pusat kepada Tabung Haji mengenai penyusutan rizabnya dan nilai pelaburannya yang merosot.
Loading...