Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Politik adalah satu perniagaan, satu game untuk kuasa

Oleh Mohd Sayuti Omar


Ada kalanya timbul rasa simpati kepada pejuang politik yang bertungkus lumus untuk menyokong seseorang jadi wakil rakyat, memperjuangkan parti agar jadi kerajaan.

 Mereka ini sanggup berkorban, masa, harta hatta maruah diri.

Semua dilakukan kerana satu tujuan untuk mengambil alih kerajaan yang sedia ada dan diganti dengan kerajaan baru.

Harapan dan impian mereka tinggi melangit. Kononnya bila orang mereka sokong menang, parti mereka sokong berj
Loading...
class="text_exposed_show">aya jadi kerajaan dan menteri, diharap segalanya akan berubah. Apa diimpikan akan menjadi kenyataan. 

Bagaimana pun sayang seribu kali sayang, apa yang diharapkan itu tidak semua jadi kenyataan. Paling menyedihkan kemenangan itu mengecewa dan menyesalkan pula. Segala harapan dan impian tidak jadi kenyataan.

Ada yang rasa macam terpedaya. Itulah maka kita dengar ramai yang merintih dan tidak berpuas hati.

Mengenang ini apa yang hendak saya katakan kepada para pejuang ikhlas ini, usahlah berangan tinggi sangat. Jangan berfikir secara idealis kerana ia akan mengecewakan. Politik bukan realiti tetapi retorik.

Justeru semua pejuang marhain yang menyimpan cita-cita tinggi, perlu sedarhana dan sedar akan hakikat ini. Semua kena faham, politik bukan satu wehicle perjuangan sejati, tetapi politik adalah perniagaan.

Politik tempat orang negejar kedudukan dan cari makan, yang mereka jadikan idealisme baik atas nama bangsa atau agama sebagai modal.

Bila kita memahami hakikat ini kita tidak akan terlalu kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Ingat pesan saya, politik adalah satu perniagaan, satu game untuk mendapatkan kuasa. Sebab itu saya tidak menyertai mana-mana parti politik meskipun minat dengannya. Trims
Loading...
Back To Top