Oleh Aira Azhari
Apabila Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kuasa pada 9 Mei 2018, mereka mempunyai agenda yang jelas untuk membanteras rasuah ke akar umbi. Bagi mereka yang skeptik, hasrat ini kelihatan agak rumit dan tidak realistik, terutamanya apabila umum tahu skandal rasuah berskala besar yang membelenggu kerajaan Barisan Nasional menjadi salah satu punca utama kekalahan mereka dalam pilihan raya umu ke-14 yang lepas.
Dewasa ini juga kita sering membaca berita dan melihat pelbagai foto yang menunjukkan duit ditabur sewenang-wenangnya oleh ahli politik untuk mendapatkan undi, dan yang lebih membimbangkan, mereka yang berjawatan dalam parti tanpa segan silu mengajak ahli parti menerima rasuah demi kemandirian dalam dunia politik Malaysia yang penuh cabaran.
Walaupun gejala rasuah merupakan masalah yang tidak asing buat kebanyakan negara, akibat sebenar rasuah masih sukar untuk dikenal pasti. Tanda aras yang sering digunakan banyak negara ialah Indeks Persepsi Rasuah (CPI), di mana Malaysia mencapai skor 47/100 pada 2018, iaitu skor yang sama dengan tahun sebelumnya.
Daripada 180 negara yang dinilai, Malaysia berada di tempat ke-61, kenaikan 1 anak tangga daripada 2017. Skor yang boleh dikira rendah ini tentulah mengecewakan jika dibandingkan dengan jiran terdekat, Singapura yang maju 1 anak tangga dengan skor 85/100 dan pencapaian tempat ke-3, selaras dengan negara maju lain seperti Finland, Switzerland dan Sweden.
Indonesia pula, walaupun mendapat skor rendah iaitu 38/100, berjaya maju 6 anak tangga daripada 2017 dengan menduduki tempat ke-86. Wajar kita persoalkan mengapa skor kita tidak berganjak, walhal kedua-dua negara jiran kita menunjukkan penambahbaikan yang ketara dalam prestasi mereka?
Menariknya, CPI 2018 diumumkan pada hari yang sama kerajaan melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 – 2023 (NACP). Tujuan NACP adalah menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah.
Sebahagian daripada 22 inisiatif NACP yang perlu diberi perhatian ialah memperkenalkan sistem pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen, memperkenalkan undang-undang baru berkaitan pembiayaan politik termasuk melobi dan memastikan pengasingan kuasa yang jelas antara pendakwa raya dan peguam negara. Usaha masyarakat sivil yang telah lama memperjuangkan semua isu ini tentunya sudah membuahkan hasil dengan komitmen yang jelas oleh kerajaan untuk merealisasi
Apabila Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kuasa pada 9 Mei 2018, mereka mempunyai agenda yang jelas untuk membanteras rasuah ke akar umbi. Bagi mereka yang skeptik, hasrat ini kelihatan agak rumit dan tidak realistik, terutamanya apabila umum tahu skandal rasuah berskala besar yang membelenggu kerajaan Barisan Nasional menjadi salah satu punca utama kekalahan mereka dalam pilihan raya umu ke-14 yang lepas.
Dewasa ini juga kita sering membaca berita dan melihat pelbagai foto yang menunjukkan duit ditabur sewenang-wenangnya oleh ahli politik untuk mendapatkan undi, dan yang lebih membimbangkan, mereka yang berjawatan dalam parti tanpa segan silu mengajak ahli parti menerima rasuah demi kemandirian dalam dunia politik Malaysia yang penuh cabaran.
Walaupun gejala rasuah merupakan masalah yang tidak asing buat kebanyakan negara, akibat sebenar rasuah masih sukar untuk dikenal pasti. Tanda aras yang sering digunakan banyak negara ialah Indeks Persepsi Rasuah (CPI), di mana Malaysia mencapai skor 47/100 pada 2018, iaitu skor yang sama dengan tahun sebelumnya.
Daripada 180 negara yang dinilai, Malaysia berada di tempat ke-61, kenaikan 1 anak tangga daripada 2017. Skor yang boleh dikira rendah ini tentulah mengecewakan jika dibandingkan dengan jiran terdekat, Singapura yang maju 1 anak tangga dengan skor 85/100 dan pencapaian tempat ke-3, selaras dengan negara maju lain seperti Finland, Switzerland dan Sweden.
Menariknya, CPI 2018 diumumkan pada hari yang sama kerajaan melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 – 2023 (NACP). Tujuan NACP adalah menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah.
Sebahagian daripada 22 inisiatif NACP yang perlu diberi perhatian ialah memperkenalkan sistem pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen, memperkenalkan undang-undang baru berkaitan pembiayaan politik termasuk melobi dan memastikan pengasingan kuasa yang jelas antara pendakwa raya dan peguam negara. Usaha masyarakat sivil yang telah lama memperjuangkan semua isu ini tentunya sudah membuahkan hasil dengan komitmen yang jelas oleh kerajaan untuk merealisasi
Loading...
inisiatif tersebut dalam masa yang terdekat.
NACP juga wajar dipuji kerana mengakui campur tangan ahli politik dalam pentadbiran dan kewangan kerajaan merupakan antara cabaran utama yang dihadapi Malaysia dalam usaha membanteras rasuah. Ini menunjukkan komitmen kerajaan PH dalam menyelesaikan masalah rasuah di peringkat akar umbi.
Umum mengetahui campur tangan politik dalam tadbir urus dan kewangan kerajaan merupakan faktor utama yang menghalang Malaysia daripada mencapai taraf ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Undang-undang yang jelas dan ketat sekalipun akan sukar mengawal hubungan antara individu. Misalnya ahli politik yang berkuasa mampu memanipulasi atau mengetepikan prosedur yang sedia ada demi keuntungan diri sendiri.
Hubungan di balik tirai antara politik, perniagaan dan rasuah juga boleh dikaitkan dengan isu pembiayaan politik. Sehingga kini, Malaysia masih belum mempunyai undang-undang yang mengawal kegiatan pembiayaan politik.
Ini bermakna, ahli politik dan juga parti politik di Malaysia dibenarkan untuk mendapatkan sumber kewangan mereka daripada mana-mana entiti sekalipun, contohnya syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat mahupun individu dari luar negara, dan bermacam-macam lagi. Ini juga bermakna, RM2.6 billion yang diterima Najib Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno, sekiranya datang daripada sumber yang sah, juga tidak salah dari segi undang-undang.
Bagaimana hal ini dapat dikaitkan dengan perolehan? Apabila sistem membenarkan campur tangan ahli politik dalam sistem perolehan, ini memberi peluang untuk mereka mengeksploitasi sistem demi mendapatkan kontrak lumayan yang keuntungannya digunakan untuk membiayai aktiviti politik mereka.
Professor Edmund Terence Gomez, pakar ekonomi dari Universiti Malaya telah mengupas isu ini dalam beberapa bukunya, di mana beliau menunjukkan bagaimana kontrak dan projek kerajaan dimanipulasi oleh ahli politik demi keuntungan diri dan parti masing-masing.
Tambahan pula, NACP juga mendedahkan perolehan merupakan sektor yang paling cenderung kepada rasuah. Sebanyak 42.8% aduan yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalah berkaitan perolehan.
Bila dirujuk semula Laporan Ketua Audit Negara saban tahun, fakta ini tidak mengejutkan. Kontrak bernilai puluhan juta yang ditanda tangan tanpa kelulusan pihak berkuasa, peralatan untuk membina empangan yang tidak berfungsi dan kemudahan awam yang tidak mencapai piawaian membuktikan kepincangan dalam sistem perolehan bukanlah suatu perkara yang baru.
NACP mengemukakan beberapa cadangan yang bagus untuk menambah baik sistem perolehan. Antaranya menggubal Akta Perolehan Kerajaan, penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan dan penubuhan mekanisme saluran aduan bagi pihak yang tidak berpuas hati.
Penulis menghargai inisiatif ini, namun satu persoalan timbul – adakah kerajaan berbincang dengan kontraktor yang bergantung kepada tender kerajaan? Bukankah periuk nasi kontraktor ini yang paling terkesan dengan apa jua dasar berkaitan perolehan yang akan digubal kerajaan? Memandangkan dasar perolehan yang sedia ada juga memberi beberapa keistimewaan kepada kontraktor Bumiputera, wajar supaya pandangan mereka juga diambil kira dalam proses penggubalan dasar.
Kesimpulannya, NACP merupakan pelan jangka panjang yang berpandangan jauh dan progresif.
Usaha kerajaan dalam membanteras rasuah wajar dipuji dan disokong aktivis, ilmuwan, badan bukan kerajaan dan masyarakat secara umumnya.
Namun, pembuat dasar juga mestilah realistik dengan cabaran yang bakal mendatang, kerana budaya yang diamalkan sejak berdekad lama tidak mungkin boleh dilupuskan dalam masa beberapa tahun sahaja.