Oleh Mohd Sayuti Omar
Kejujuran dan sikap amanah dalam hidup memang diperlukan bahkan itulah yang dituntut oleh semua agama. Tetapi apa kena faham kejujuran dan keikhlasan dalam politik selalunya tidak diterima dengan baik.
Bersikap jujur dan mengaku kesalahan bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah, ia akan dijadikan isu.
Misalnya pernyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir ini, ia adalah satu pengakuan keikhlasan bahawa kerajaanya baru, tidak ada pengalaman untuk mengurus dan mentadbirnya.
Itu semua orang sudah tahu dan dapat
Loading...
menerimanya. Tetapi apabila beliau berkata PH tidak ada “lampu aladin” ia sudah jadi satu sindiran atawa tempelakkan kepada pihak yang mempersoalkan kerajaan PH.
Lampu aladin adalah dongengan dalam kisah 1001 Malam. Ia perihal sihir, dan sihir adalah sesuatu yang syirik. Lampu aladin bukan realiti jadi kenapa kita mengharap kepada sesuatu yang dongeng?
Sepatutnya Anuar arif mengenai hal ini, dongengan. Jadi beliau tidak perlu menafikan ketidakmapuan kerajaan PH dengan mengakui tidak mempunyai sesuatu yang tiada.
Yang perlu dibangkitkan ialah usaha secara realiti bagi memenuhi segala harapan rakyat itu. Usah berselindung di sebalik PH tidak mempunyai sesuatu yang dogengan, tetapi ceritalah realiti, kemampuan sebenar. Rakyat tidak perlu diberi tahu dengan hal-hal dongengan, sebaliknya ceritalah yang sebenarnya dan bertanggungjawablah.
Semisalnya kalau kita baru, tidak ada pengalaman, sudah tidak mampu, untuk apa kita terus berada dicagak kekuasaan, berilan kepada individu yang lebih berpengalaman daripada kita. Ketahui bertahan diri kerana kita dilantik jadi menteri, tetapi gagal memenuhi dan menjalankan
tanggungjawab adalah dosa. Jangan terima lantikan kalau kita tidak mampu dan jadi berhelah kerana dilantik maka kita terus bersemadi di jawatan itu. Ayuh. Trims.