Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAS sahkan suara audio Nik Abduh

PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.

"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar.

"Yang disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu saja, banyak lagi
Loading...
huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan.

"Dari minit pertama hingga minat terakhir, " katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Beberapa hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu tidak akan diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi "saksi hidup" berhubung rakaman audio itu.

Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian hari ini mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.

Bagaimanapun, menjelang PRU14, Nik Abduh telah pun menafikan rakaman audio itu, berkata ia bukan suaranya.

“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.-Mkini
Loading...
Back To Top