Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Najib mohon maaf persenda pekerja malam guna lebuh raya

Loading...
KUALA LUMPUR,  Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak berniat mempersenda golongan bekerja malam yang menggunakan lebuh raya tol selepas jam 11 malam.

Memohon maaf, bekas perdana menteri di Facebook hari ini berkata beliau hanya mengulangi teriakan penonton yang hadir di program sembang santai malam tadi.

“[...] saya hanya mengulangi apa yang diteriak oleh penonton yang berada di ceramah itu sebagai jawapan kepada soalan saya,” katanya.

“Saya akui, saya telah terikut-ikut dengan jawapan dan respon diberikan penonton semalam. Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung.”

Semalam, wakil rakyat Pekan memerli Pakatan Harapan yang memberi kadar percuma tol beberapa lebuh raya hanya di “luar waktu puncak” antara 11 hingga 5 pagi.

“Siapa yang akan berjaga dari jam 11 malam hingga 5 pagi? Hanya hantu, peminum arak, LGBT dan mereka yang mencari pelanggan, mungkin,” katanya dipetik.
Loading...
Back To Top