Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kaji selidik: PH dahului populariti di Semenyih

Loading...
SEMENYIH, ― Pakatan Harapan (PH) dilihat mendahului pencabarnya dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih dari segi populariti berdasarkan kaji selidik.

Namun, penganalisis politik Universiti Malaya berkata kajian di beberapa pusat daerah mengundi di situ boleh berubah pada saat akhir, lapor Sinar Harian hari ini.

“PH mendapat 46.67 peratus, BN 36.67 peratus, Parti Sosialis Malaysia (PSM) 3.33 peratus dan Bebas 13.3 peratus,” kata Prof Madya Awang Azman Awang Pawi.

Beliau juga mendapati 53.33 peratus mahu Barisan Nasional (BN) diberi peluang, 33.33 peratus (tidak bersetuju) manakala 13.33 peratus (sangat tidak bersetuju).

“Dapatan ini juga boleh berubah terutama sehari atau dua hari sebelum mengundi,” kata Awang Azman.

Bagaimanapun, portal itu tidak menyebut jumlah responden dan pusat daerah mengundi yang terlibat dalam kaji selidik tersebut.

PRK Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon PH, BN, PSM dan Bebas. Pengundian berlangsung pada 2 Mac ini.
Loading...
Back To Top