Oleh Fathi Aris Omar
Kita bekerja untuk memajukan diri sendiri, atau majikan, atau orang atasan atau syarikat? Kalau kita diberi gaji RM100, wajarkah kita bekerja RM120?
Kenapa kita perlu bekerja lebih? Tidakkah lebihan ini merugikan kita dan hanya menguntungkan majikan?
Tidak. Lebihan RM20 itu untuk diri kita sendiri, sebagai "pelaburan" awal kita untuk lompat kerja dan meraih gaji yang lebih baik, juga naik pangkat, di kemudian hari.
Jadi kita gunakan syarikat atau majikan sekarang sebagai tapak untuk melonjak ke depan. Lebihan RM20 saat ini untuk mengayakan pengalaman kita, meluaskan

Loading...
kemahiran kita dan menajamkan bakat kita.
Lebihan RM20 ini untuk mencipta nama baik dan mencantikkan resume (CV) untuk jawatan baru atau bidang tugas baru yang lebih mencabar.
Kalau majikan atau syarikat sayangkan kita kerana lebihan sumbangan RM20 itu, kita mungkin dinaikkan gaji atau dinaikkan pangkat.
Tetapi kalau kita tidak dapat dua ganjaran ini, kita boleh gunakan lebihan RM20 ini untuk bertukar majikan.
Jadi, kita jangan malu atau teragak-agak memberi lebih dalam kerja kita. Ia sentiasa menguntungkan kita walau nampak macam "rugi" saat ini tetapi ia sebenarnya pelaburan masa depan kerjaya kita!
Kalau kita mahu maju akan datang, kita mesti bermula sekarang. Jangan kerana gaji RM100, kita bekerja sekadar RM100 atau kurang lagi, RM80 atau RM90.
Kita hanya menipu diri sendiri, membataskan peluang masa depan kita, walau kita sangka kita ingin menekan majikan. Hakikatnya, kita sendiri yang rugi.
Nasihat ini, jika sesuai, untuk anak muda yang berasa dirinya tidak dibayar secukupnya, sesuai dengan kelayakannya, lalu mahu bersikap culas dan malas.
Ingat! Majikan atau syarikat tidak rugi apa-apa. Mereka boleh mencari orang lain atau bakat lain tetapi kita sendiri yang rugi kerana tidak bijak memanfaatkan peluang yang diberikan.-