Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Media banyak Merugikan kerajaan

Oleh Hasbie Muda

Saya teringat jawapan Tun beberapa belas tahun lepas mengenai kebebasan media. Lupa buku atau
Loading...
wawancara mana.

Bagi Tun, media mestilah dikawal oleh kerajaan kerana kerajaan ditentukan oleh rakyat dalam pilihanraya.

Rakyat boleh naikkan atau jatuhkan sebuah kerajaan tetapi rakyat tidak boleh menaikkan atau menjatuhkan media. Sedangkan media yang diberikan kebebasan sepenuhnya belum tentu akan berfungsi baik.

Impak media sangat besar kepada masyarakat dan negara tetapi rakyat tidak boleh berbuat apa-apa jika kerajaan pilihan mereka tiada kuasa mengawal media yang licik memutar berita.

Hari ini terbukti. Lebih parah apabila media sosial juga turut mendominasi.

Kerajaan bergelut mengawal pemberitaan di media yang banyak merugikan kerajaan. Pelbagai inisiatif baik kerajaan tenggelam kerana media cenderung memilih berita sensasi.




Loading...
Back To Top