Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mayat budak perempuan ditemui di padang ragut


KUANTAN, 10 Feb — Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan ditemui di kawasan padang ragut di Kampung Tanjung Medan Hilir, Pekan, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemui oleh orang awam pada 4.25 petang.

“Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap di kawasan semak kira-kira 200 meter dari jalan utama yang agak terlindung daripada pandangan.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Othman, siasatan awal polis di kawasan penemuan mayat yang terletak bersebelahan ladang kelapa sawit itu tidak menemukan sebarang senjata.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat, katanya.

Dalam pada itu, seorang wanita daripada komuniti Kemboja percaya mayat tersebut adalah anak perempuannya yang berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Jan lalu.

“Ini berdasarkan baju yang dipakai sama dengan baju anak saya semasa dia keluar dari rumah untuk ke kedai,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tanjung Medan Kemahang yang terletak tidak jauh dari kawasan penemuan mayat.

Menurut Zaleha Abdullah, 35, dia membuat laporan polis pada hari yang sama selepas anak ketiganya daripada empat beradik itu gagal pulang ke rumah dan belum ditemui sehingga kini. — Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh
Loading...
Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top