Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mat Sabu gesa tindakan tegas ke atas penyebar berita palsu

SATU laporan polis difailkan bagi pihak Peguam Negara Tommy Thomas hari ini berkenaan penyebaran berita palsu bahawa beliau seorang anti-Islam dan gagal mendakwa mereka yang menghina Islam.

Laporan dibuat oleh pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC), kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad dalam satu kenyataan hari ini berkata berita-berita palsu tersebut
Loading...
tersebar di media sosial.
“Laporan polis ini memberi peluang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu dengan tujuan membangkitkan kebencian kaum dan agama demi mempertahankan keharmonian Malaysia,” kata menteri pertahanan itu.

Tambah beliau kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu atau pemimpin politik yang menyebarkan berita palsu dengan tujuan membangkitkan kebencian kaum dan agama.

Awal minggu ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional Mohamed Nazri Aziz disiasat polis kerana memberi ucapan berbaur perkauman pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada minggu lalu. Nazri ketika berucap dalam ceramah mengkritik kerajaan yang melantik orang bukan Melayu sebagai ketua hakim negara, peguam negara dan menteri kewangan.

Polis mengesahkan bekas menteri itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Pada ceramah di Beranang, Semenyih itu, Nazri juga mengaitkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dengan perkauman
Loading...
Back To Top