Oleh MUHAMMAD FAIZ FADZIL
1. Sekretariat Protes AES [ProtAES] menggesa Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara keseluruhan supaya pelaksanaan sistem ini mencapai objektifnya untuk mengurangkan kemalangan khususnya kemalangan maut di jalan raya tercapai tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.
2. ProtAES konsisten dengan pendiriannya bahawa pelaksanaan AES ini bukan satu-satunya langkah bagi mendisiplinkan pengguna jalan raya. Perlaksanaan AES sejak awal mempunyai pelbagai isu dan masalah. Bermula perlaksanaannya pada September 2012 dan kemudian dijenamakan semula oleh Menteri Pengangkutan sebelum ini pada April 2017 dengan AWAS yang menggabungkan AES dan Sistem Mata Dimerit, isu berkaitan AES tidak pernah reda. Daripada 14 lokasi kamera yang kemudiannya bertambah kepada 21 dan sekarang semakin membiak, isu AES masih tidak ditangani secara holistik.
3. Pelaksanaan AES sebelum ini melibatkan perjanjian di antara syarikat pengendali terdahulu iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates (M) Sdn Bhd dengan Kementerian Pengangkutan. Kemudian pengendaliannya diambil alih oleh anak-anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan nilai RM555 juta. Kini, ia diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan. Atas hak dan kepentingan terbaru ini, kerajaan seharusnya menggariskan dasar yang lebih menyeluruh dan konkrit menangani kemalangan di jalan raya
4. ProtAES berpendapat bahawa pendidikan melalui kempen dan iklan mempromosikan langkah-langkah keselamatan jalanraya perlu dipertingkatkan sebagai langkah yang lebih berkesan mengurangkan kemalangan jalanraya. Rakyat perlu dididik untuk benar-benar berdisiplin dalam pemanduan serta pentingnya menyelenggara kenderaan dalam keadaan baik. Pemanduan laju semata-mata bukan punca kemalangan, tetapi sikap dan disiplin memandu, fokus dan kesegaran dalam memandu dan tidak cuai serta keadaan kenderaan yang baik adalah elemen hubung kait yang penting dalam memastikan pemanduan yang selamat.
5. Selain itu, perlaksanaan AES pada awalnya dikatakan hanya akan melibatkan lokasi kemalangan maut
Loading...
sahaja bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut di atas jalan raya dan lebuh raya tetapi sehingga hari ini tiada sebarang data yang diberikan berkaitan kemalangan maut di lokasi pemasangan kamera AES ini. Jika dilihat sekarang, semakin banyak lokasi pemasangan kamera yang muncul sedangkan lokasi-lokasi tersebut tiada dalam senarai lokasi kemalangan maut yang dikeluarkan sebelum ini.
6. Kebanyakan kamera dipasang di jalan raya atau lebuh raya yang lurus dengan had kelajuan 70 - 90 km/j yang mana tidak praktikal untuk mengurangkan kemalangan malahan boleh mengundang kemalangan apabila pemandu membrek secara tiba-tiba di jalan yang dipasang kamera. Risiko kemalangan ini bertambah tinggi apabila ia melibatkan jalan raya atau lebuh raya yang mempunyai bilangan kenderaan yang padat seperti di susur keluar Kajang di Lebuh Raya Utara Selatan.
Kebanyakan pemandu akan memandu lebih laju setelah melepasi kamera yang dipasang. Sikap ini berlaku seolah-olah bagi mengelak ditangkap oleh kamera AES lalu dikeluarkan saman. Ini sebenarnya tidak mendidik pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan.
7. Pelaksanaan AES ini bukan sahaja melibatkan bayaran saman atau kompaun yang tidak diberikan diskaun, malahan melibatkan pelaksanaan pemotongan mata demerit di bawah sistem AWAS sebagai hukuman kedua bagi kesalahan yang sama. Pelaksanaan 2 kali hukuman bagi satu kesalahan yang sama melanggar prinsip ‘double jeopardy’. Kesan daripada sistem demerit ini adalah penggantungan dan pembatalan lesen memandu jika mata demerit melepasi had yang ditetapkan. Hukuman ini pasti membebankan pengguna jalan raya yang bergantung kepada penggunaan kenderaan sendiri dan kesan kehilangan pendapatan bagi pemandu kenderaan awam termasuk pemandu teksi, bas dan lori.
8. Pelaksaan AES ini mempunyai kesan ke atas kos sara hidup. Rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kerajaan pula sedang berusaha keras mengurangkannya, namun pelaksanaan AES ini bertentangan dengan perkara ini. Maqasid Syariah bukan sahaja berpremiskan elemen nyawa tetapi juga harta. Adalah tidak menepati Maqasid Syariah jika pelaksanaan AES menekan hidup rakyat dan meningkatkan kadar keperitan hidup rakyat. Secara alternatif kepada saman atau kompaun, pemenadu yang melakukan kesalahan pertama boleh diberikan amaran dan seterusnya jika terus melakukan kesalahan beruolang, bolehlah dikeluarkan saman atau boleh diwajibkan menghadiri kelas pendidikan keselamatan pemanduan.
9. Justeru, ProtAES memohon Kementerian Pengangkutan menggantung dahulu perlaksanaan AWAS dan mengkaji semula pelaksanaan AWAS ini secara keseluruhan terutama meningkatkan pendidikan keselamatan pemanduan di jalan raya dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai pertimbangan utama.
MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Timbalan Pengerusi ProtAES