oleh:TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Ahli Parlimen Kemaman
1. Pihak Kerajaan digesa untuk mengkaji dengan lebih menyeluruh baja fosfat yang diimport dari luar negara untuk tanaman yang mengandungi unsur radioaktif sama seperti residu dari Lynas.
2. Menurut Dr Looi Hoong Wah, felo di Akademi Perubatan Malaysia baja fosfat yang diimport dari luar negara untuk sektor pertanian setiap tahun mengandungi bahan radioaktif sama seperti sisa dari Lynas. Baja fosfat mengandungi uranium, radium dan sedikit torium pada kadar antara 2 dan 7 Bq/ manakala residu Lynas pula mengandungi torium serta sedikit uranium dan radium pada kadar 6 Bq/g.
3. Sekiranya residu Lynas mampu mengantikan baja fosfat dalam tanaman, Kerajaan
Loading...
disarankan untuk melaksanakan kajian penyelidikan jangka masa panjang secara menyeluruh yang bukan sahaja tertumpu kepada bidang seperti sains sosial dan sosio-ekonomi tetapi lain-lain bidang juga penting untuk dikaji.
4. Malahan Kerajaan juga disyorkan melaksanakan kajian penyelidikan kepada semua badan-badan yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain yang tidak tertumpu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja. Hal ini dapat memperluaskan penyelidikan yang pelbagai sudut.
5. Sebagai contohnya Jabatan Pertanian boleh melakukan penyelidikan dan mewujudkan Akta Baja bagi penggunaan residu sebagai baja dalam pertanian bagi mengantikan baja fosfat yang diimport dari luar negara.
6. Sekiranya baja fosfat yang boleh diperolehi daripada sisa dari Lynas lebih bermutu berbanding baja fosfat import dan penggunaannya dapat menjimatkan jutaan ringgit berbanding pembelian baja import, adalah lebih baik jika Kerajaan mengambil peluang ini dengan melaksanakan kajian penyelidikan secara telus, jujur terperinci dan integriti.
“Islam Memimpin”
Loading...