Oleh Rosem
Suka atau tidak, sejarah harus ditulis. Kalau bukan untuk masakini, 20 atau 50 tahun mendatang akan menjadi seperti seketul emas. Abdullah Munsyi (1849) ketika ia menulis tentang orang Melayu di Singapura, ramai orang Melayu tidak menyukainya, tulisannya banyak menyentuh tentang kelemahan orang Melayu, suka jual tanah dan beli kereta, walhal ketika itu, di pulau Temasik jalanraya pun tak sampai lima kilometer. Abdullah banyak memuji Inggeris daripada orang Melayu. Sekarang sudah lebih 200 tahun, tulisan Abdullah tak dapat dinafikan. Abdullah seorang yang jujur dalam penulisannya. Buku-buku beliau diulang cetak entah berapa kali.

UMNO/BN tiba-tiba kalah pada Pilihaan Raya ke 14, Mei 2017. Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai pemenang. Umno/BN memerintah negara selama 61 tahun.
Loading...
Warga emas itu akhirnya terpaksa akur. Bukankah itu suatu sejarah besar negara?
Sejarah ditulis oleh pemenang, yang kalah tulis puisi. Jangan peduli ungkapan itu. Di Malaysia sesiapa saja bisa menulis apa saja. Tepuk dada tanya selera. Seluk saku lihat wangnya, apa cukup buat biaya cetak. Dalam hal ini, Ahmad Lutfi Othman mendahului penulis lain. Detik-detik bersejarah UMNO/BN kalah pada pilihan raya lalu dituangkan menjadi buku berjudul ” Revolusi Tanpa Darah”. Sudah pun ada di pasaran atau pesan langsung kepada beliau. Mungkin bagi sebahagian orang (musuh politik) melecehkan buku itu dengan alasan pengarangnya pro Pakatan Harapan. Baca facebook , ramai menyerang Lutfi , bahkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Lutfi seorang journalis, seharusnya dihormati.
Ada orang menulis buku sejarah selepas 50 tahun peristiwa berlaku. Pastinya tidak tepat. Ahmad Lutfi Othman menulis saat kejadian berlaku, masih panas, hanya barangkali tulisannya sedikit condong kepada Pakatan Harapan. Nah, kalau begitu tanggapan umum; penulis yang pro UMNO, PAS serta berkecuali juga harus tampil menulis/ menerbit buku yang seumpama itu dari sudut pandang mereka . Bagaimana UMNO/BN tumbang, bagaimana kesannya kepada orang Melayu ? Rakyat mahu membacanya.
Dalam buku “Revolusi Tanpa Darah” tulisan Lutfi hanya sebahagian sahaja. Beliau bertindak sebagai penyusun. Penulis lain terdiri dari pelbagai latarbelakang, ahli akademik, wartawan dan sebagainya. Di sila-sila penulis hebat tersohor itu, rupanya ada juga tulisan saya...hi hi hi