Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bukan 'bossku' tapi 'pencuriku' - Azmin Ali

SEMENYIH, 13 Feb — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak digelar “pencuriku” berbanding “bossku”.

Timbalan presiden PKR berkata panggilan “boss” tidak sesuai untuk seorang pemimpin “kleptokrat” yang mengamalkan rasuah.

“Jika dia seorang pencuri, kita sokong? Pemimpin korup dia bos kita?” katanya selepas melancarkan bilik gerakan Wanita Pakatan Harapan di sini malam tadi.

“Jawapannya tidak! Bagi saya dia bukan 'bossku' tetapi 'pencuriku'“.

Loading...
text-center">
Azmin turut mencabar Najib supaya berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.

“Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai, pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungkin berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih,” katanya.

“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok 'bossku' datang ke tidak.”
Loading...
Back To Top