KUALA LUMPUR: Keutuhan Pakatan Harapan (PH) di Selangor memberi semangat positif untuk parti itu meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari berkata lantikan jentera parti yang kuat juga mendorong kemenangan di kawasan itu.
“Namun itu bukan bererti kita harus selesa, kita perlu terus bekerja keras untuk menjawab beberapa dakwaan dan tohmahan kepada kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Karnival 3W: Women, Welfare & Wellness di Padang Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.
Ditanya mengenai kerjasama PAS dan Umno dalam PRK Semenyih, Amirudin yang juga menteri besar Selangor berkata, strategi kerjasama itu telah berlaku sejak PRK DUN Sungai Kandis, walaupun tidak secara rasmi.

Loading...
ai-viewport-1 ai-viewport-2" style="clear: both; display: block; margin: 8px auto; text-align: center;">
“Ada ceramah pimpinan PAS di Sungai Kandis, Seri Setia dan kita dapat hadapi. Malahan di Balakong PAS membantu kempen MCA, namun saya yakin kalau kita bersatu padu dan muafakat, rakyat akan terus beri mandat yang telah kita perolehi sebelum ini,” katanya.
PRK Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Ia adalah PRK ke-4 diadakan di Selangor selepas pilihan raya umum ke-14. Sebelum ini, Selangor menghadapi 3 PRK, iaitu di kerusi DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, yang kesemuanya dimenangi semula oleh calon PH.