Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rakyat masih sengsara walau tukar kerajaan

Oleh Chang Lih Kang

2018 merupakan tahun yang penuh dengan berkat dan pengajaran. Rakyat Malaysia berjaya menumbangkan rejim yang berkuasa selama 61 tahun sejak kemerdekaan.

Kejayaan ini memberi kekuatan dan kesedaran kepada rakyat bahawa “suara rakyat suara keramat” bukan semata-mata slogan yang tidak dapat dicapai.

Peristiwa yang sama juga memberi amaran kepada parti-parti dan ahli-ahli politik dari semua spektrum, bahawa kepercayaan rakyat adalah punca segala kuasa.

Pada 2018, negara kita melalui pertukaran kerajaan pusat buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Loading...
id="pm-story-mreg-2"> Rakyat telah bangkit dan gulingkan kerajaan yang rakus dan menyebabkan rakyat terpaksa hidup dalam penderitaan.

Mesej rakyat jelata amat jelas, kita tidak mahu kerajaan yang rakus, kita tidak sanggup sokong kerajaan yang menyusahkan rakyat.

Maka, kerajaan Pakatan Harapan harus memerintah berdasarkan aspirasi rakyat Malaysia.
Hapuskan rasuah yang berleluasa, perkasakan ekonomi yang merudum untuk memperbaiki kehidupan rakyat kita.

Sementara beberapa usaha telah dilaksanakan untuk memerangi rasuah, kita belum dapat merasai kesan pemulihan ekonomi.

Rakyat kebanyakan masih hidup dalam kesengsaraan, keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga getah dan kelapa sawit yang rendah, peneroka Felda yang belum dapat wang sara hidup, petani yang tidak mempunyai tanah dan sebagainya.Keperitan rakyat ini tidak dapat diselesaikan dengan retorik politik semata-mata tetapi dasar ekonomi yang menyeluruh.

Justeru itu, dalam 2019 yang penuh dengan cabaran ini, kerajaan harus memberi fokus untuk memperkukuhkan ekonomi negara kita agar rakyat dapat hidup dalam kesenangan.

Pilihan raya umum dan pemilihan parti sudah berlalu, kita harus ambil pendekatan “biduk lalu, kiambang bertaut”.

Perbezaan politik seharusnya diketepikan supaya tenaga dikerah sepenuhnya untuk membangun negara kesayangan kita.

* Chang Lih Kang adalah naib presiden PKR dan ahli Parlimen Tanjong Malim
Loading...
Back To Top