Bagi saya ini hanya permulaan kepada perjuangan untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan mematangkan mereka dalam membuat keputusan yang penting serta besar.

Kerana kesilapan membuat keputusan pada pilihan raya umum yang lalu kita dapat lihat bagaimana pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjadikan negara ini huru-hara. Gelagat mereka ibarat Si kudung mendapat cincin, Monyet mendapat bunga, Cacing naik ke mata dan Kaduk naik junjung menyebabkan rakyat resah.

Tidak pernah seingat saya rakyat negara ini seresah ini sejak memasuki era moden.

Segala-galanya tidak menentu dengan dasar kerajaan sering berubah. 

Keputusan dibuat kerana dendam, bukan kerana kepentingan rakyat.

Itu belum lagi janji-janji yang tidak ditunai, sebaliknya kepemimpinan PH berubah 360 darjah menjadikan rakyat sebagai musuh.

Ekonomi negara terjejas, ratusan ribu mahasiswa menganggur dan golongan bawahan makin tertekan.

Akhirnya rakyat tidak lagi dapat menahan rasa marah dan ia ditunjukkan melalui undi.

Jika pilihan raya kecil sebelum ini PH menang kerana kerusi kawasan bandar. Bagaimanapun mereka baru diuji di kawasan luar bandar dan ternyata mereka gagal.

Harga sawit merudum, dibebani