Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

2/1/19 TERNAK GURAMI .......

Loading...
Asal muasalnya, ada sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga Kuching, bersetentangan dengan the Spring Mall yang wujud sejak 1990an bermana Gamelan. Ianya di usahakan oleh Ibu Silvia seorang warga Indonesia dari Menado Sulawesi yang mana anaknya menikah dengan penduduk tempatan. Saya sering ke Restoran tersebut pada 2000an. Makanan kegemaran saya adalah Ikan Asin Presto, Gurami Flying Fish dan Tahu Telur. Pada masa itu, segala macam Penyet belum terkenal. Kalau masakan ayam, paling saya gemari adalah Ayam Kampung Kalasan dan Pop. Saya sering tertanya-tanya, apa itu ikan gurami dan presto, khasnya ikan presto. Saya dikhabarkan bahawa ikan persto itu istimewa penghasilan Surabaya. Hanya pada 2018, baru saya tahu presto itu adalah istilah Indonesia untuk pressurize cooker. Ikan dipressurize agar tulang-tulangnya menjadi lembut bila digoreng deep fry akan menjadi ranggup dan boleh dikunyah dengan mudah. Mungkin pada 2019 ini saya akan mencoba untuk membuat Terubuk Presto biar setanding dengan Ikan Presto Surabaya.

(2) I love local dishes. Ke mana saja saya pergi, saya pasti mencari special authentic local dishes. Makan adalah kegemaran Nombor Wahid saya. Kemudian site seeing, membaca, fotografi dan menulis. Saya paling mudah getting annoyed bila saya tidak mendapat apa yang hendak saya makan. Mungkin pengaruh silam ibu dan dua nenek saya yang suka masak telah mempengaruhi my eating taste secara azali.

(3) Restoran itu saya ambilalih pada 2012. Saya belanjakan hampir separuh dari Bayaran Graduiti dan Simpanan KWSP saya untuk membina semula Restoran tersebut. Bila siap, saya serahkan kepada beberapa orang kawan untuk mengurusnya dengan baik. Namun, rezeki belum bersama saya, setelah sekitar 18 bulan beroperasi, saya terpaksa serahkan Restoran tersebut kepada seorang teman lain dalam keadaan 80 peratus perfect condition secara percuma. Namun enam bulan kemudian, teman ini juga tidak dapat mengurusnya, maka saya kembalikan well renovated premise tersebut kepada tuan punyanya. Kini, dalam keadaan ianya seperti pemulihan yang saya buat, seorag pengusaha lain kelihatan cukup berjaya mengurusnya. Sesungguhnya lokasi serta menu Restoran tersebut sudah cukup terkenal dan ianya dan mempunyai loyal cumtomers tersendiri. Restoran itu saya ubah namanya dari Gamelan ke Nusantara. Saya ingin membina suatu signage Nusantara sebagai pengabadian saya kepada rantau Melayu ini.

(4) Flying Fish Gurami, Osphronemus yang saya sering makan juga sedikit menimbulkan banyak tanda tanya. Bila ditanya, dari mana Ibu Silvia mendapat sumber ikan ini, beliau sering menyatakan bekalannya dari Indonesia. Lantaran sudah digoreng garing, sukar untuk saya mengenali ikan tersebut. Saya jarang tahu nama ikan.  Saya bukanlah anak nelayan dan perbuatan yang paling saya tidak suka adalah memancing. Saya tidak punya kesabaran untuk menanti ikan meregut kail. Paling di masa anak-anak saya hanya suka menjaul, menaut, membubu, dan memasang pukat di muara-muara anak sungai kecil-kecil. Semua kerja menangkap ikan sebegini tidak memerlukan saya menunggu sehingga ikan makan kail. Biasanya, semua ini saya pasang bila air mula pasang, dan saya akan kembali menjengah mengutip bila air sudah separuh dan atau surut penuh.

(5) Saya tidak makan ikan peliharaan dalam kolam. Namun cara Ibu Silvia membuat masakan gurami, cukup nyaman. Tidak terasa hanyirnya. Apa lagi bila dicicah dengan sambal khas cara Menado atau Jawa. Satu hidangan Gurami Flying Fish boleh mencecah RM50.00-80.00/ekor. Kebetulan, saya melawat Jogjakarta pada 2009. Setelah melawat pelbagai projek di sana, saya berhenti makan di sebuah Restoran Asli Jawa. Restorannya terbina di atas kolam ikan yang luas. Konsep restoran sebegini di Indonesia disebut sebagai Lesehan atau Gazebo. Saya seperti biasa inginkan gurami tetapi sekali ini saya kepingin 100 peratus asli Jawa. Pelayan Lesehan agak binggung, bagaimana rupanya gurami asli Jawa. Saya nyatakan, ikan gurami mesti peliharaan dan dijaga oleh orang Jawa. Yang memasaknya juga mesti Jawa. Yang menghidang meladeni juga mesti Jawa. Bayarannya, juga saya akan mengunakan wang Jawa. Sambil berlalu pergi untuk menyamp[aikan pesanan ke dapur, pelayan sempat bergurau bercanda, "Yang makannya juga harus Jawa Pak". Jawab saya mudah "Loh kue kok keakehan ngomong, ayuh cepet bawa guraminya ke sini". Dengan itu, dia berlalu sambil membalas "Wah sampean Bapak yo Tiang Jawi Malaysia". Bila dia kembali dengan hidangan gurami, saya bertanya, apa saya boleh melihat gurami yang masih hidup. Dia lantas mengambil sedikit nasi dan menghamburnya ke kolam di bawah Lesehan. Maka berkeruyuk berkumpulan ikan gurami timbul menyambar taburan nasi tersebut. Saya agak terkeju. "Loh apa itu gurami?". Itu di Malaysia namanya Kaloi. Ikan hiasan. "Tidak pernah saya makan ikan itu di Malaysia". Tetapi di Restoran Gamelan, Kuching, entah sudah berapa puloh ekor saya makan tanpa sedar itulah gurami sang kaloi.

(6) Kebetulan pada 2009, saya membina sebuah Kedai Kampung untuk diuruskan oleh keluarga saya. Di pinggir kedai, saya bina sebuah kolam. Permulaannya saya hanya membela Tilapia. Namun lama kelamaan saya bunuh semua Tilapia tersebut dan membina semula kolam itu dengan simen. Tabii tilapia, bila hendak beranak, mereka suka mengali tebing kolam sehingga lama-kelamaan tebing kolam boleh runtuh.  Kemudian, dengan dorongan ilham tanpa sedar dari Allah saya membeli beberapa ekor kaloi @ gurami dan meletakkannya di kolam tersebut. Ikan-ikan kaloi ini menjadi daya tarikan pelangan untuk melangan di kedai saya. Anak-anak cukup riuh rendah saat mereka melihat kalui-kalui ini. Saya kemudian tambahkan sehingga 20-30 ekor kalui dari pelbagai spesis termasuk asli Sarawak, Sabah dan Siam. Malangnya sejak 2009 sehingga 2011, saya dapati kalui saya tidak pernah membiak. Harga bibit kalui cukup mahal. Bagi yang sebesar dua jari, harganya RM10-15 setiap satu. Jika sudah sebesar 4-5 jari, boleh mencecah RM100-150 seekor. Bagi memastikan semua hidup baik, saya biasa membeli yang ukuran 4-5 jari.

(7) Pada 2012, bila saya bersara awal dari berkhidmat di dalam Kerajaan, sayapun memasang angan-angan untuk menjadi penternak gurami yang berjaya. Pada 2012 juga saya membina Restoran di sebelah Kedai Kampung saya. Sekali lagi, usaha ini adalah aruhan ilham tanpa sedar dari Allah swt. Saya kemudian memasang angan-angan bahawa Restoran saya akan terkenal kerana gurami. Maka bermula 2012, saya mengembangkan pelbagai usaha saya di Kampung. Saya bina rumah burung walit, reban puyuh, reban ayam serta rumah Kampung saya. Semua binaan ini dikelilingi kolam-kolam simen. Tahun-tahun 2012-2015 adalah tahun-tahun experimental saya. Saya cuba mencari jalan untuk membiakan gurami secara alami. Saya bertanya semua pembekal bibit gurami saya, mereka cukup kedekut untuk berkongsi ilmu. Dalam saya dihadapi resah tercari-cari jalan untuk membiak gurami, sekali lagi Allah mendatangkan ilmham tanpa sedar kepada saya. Suatu hari bila saya memberikan makanan di kolam tanah terbuka, saya dapati banyak anak-anak ikan di pinggir kolam berebut makanan pallet. Saya amat-amati betul-betul, dan alangkah seronoknya untuk melihat bahawa ikan gurami saya di kolam tanah terbuka sudah membiak secara alami. Dari situ, mulai meneliti keadaan kolam yang boleh meransang pembiakan secara alami gurami. Alhamdullillah saya temukan jalannya. Seperti burung, gurami perlu membina sarang untuk bertelur dan menetas. Maka ianya perlukan sampah-sampah gentian untuk tujuan itu. Dari situ, sekali lagi saya mengubah suai kolam-kolam simen saya untuk menjadi asli alami. Alhamdullillah, sejak 2015, semua kolam saya menjadi kolam pembiakan gurami. Saya mengira kini, saya mempunyai tidak kurang dari 600-700 ekor gurami dewasa di 7 kolam saya yang ada kini. Kini terdapat 7 buah kolam semuanya. Empat darinya adalah kolam simen terbuka. Satu kolam tanah terbuka. Satu kolam simen di atas tanah. Serta sebuah kolam simen di bawah bangunan iaitu reban ayam. Setiap kolam saya isikan dengan 20-30 gurami.

(8) Keseluruhan apa yang sedang saya bina di Kampung, saya namakan sebagai MyStore Enterprise. Kenapa MyStore dan bukan nama lain. Sekitar 2009, saya telah ke Carlifornia Amerika. Saya telah dibawa ke sebuah Farm di gurun Carlifornia. Pengusaha Farm ini cukup berdayacipta. Dari segala lori, bas, kereta, motosikal, perabut bahkan peti-peti talipon semuanya beliau bina menjadi bahan tarikan Farm beliau. Seni taman malah haiwan-haiwan peliharaan beliau juga turut anaih-anaih dan cukup menarik. dari sejak itu, saya membina mimpi untuk menjadikan Kampung atau sekuarang-kurang kejiranan saya sebuah Farm Village. Nama MyStore saya pilih lantaran ianya unique serta mudah diingat. Konsep My menjadikan ianya milik semua. Saya ingin menghadiahkan ilham Membina Kampung Melayu penuh keceriaan senitaman agro untuk kebaikan semua. Bermula 2019, In Shaa Allah ilham ini akan saya kembangkan secara meluas dan mudah-mudahan ianya akan menjadi aspirasi Melayu-Melayu berjaya untuk jangan jijik Kampung. Biar sirih pulang ke tampuk, pinang pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk, Melayu harus membina Kampung menjadi Agro-Park Villa.

(9) Alhamdullilah, saya kini telah dapat memecahkan masalah pembiakan gurami. Namun bila ikan sudah banyak, saya sedikit binggung soal makanan mereka pula. Dari 2012-2016, saya bergantung dengan pallet. Harga baja pallet kian meningkat saban tahun. Suatu pilihan lain harus saya usahakan. Sekali lagi, ilham Allah datangkan kepada saya tanpa saya sedar. Rupa-rupa sebahagaian dari segala jenis rumpai yang saya tanam sebagai hiasan di kolam-kolam saya menjadi makanan kegemaran gurami. Maka dengan itu, selain kangkong dan ubi kayu, kolam saya sedang dipenuhi dengan rumpair Echinodorous palefolius atau nama lainnya Mexican Sword Plant. Selain daun mudanya menjadi makanan kalui, bunganya yang putih bersih menjadi hidangan baik lebah kelulut. Tanaman ini dikatakan boleh meningkatkan kandungan oksijen air. Di samping itu, akarnya yang berserabut boleh memerangkap habuk dan kelodak kolam. Maka, kolam yang dibatasi rumpair ini sangat jernih airnya. Saya dapat kalui juga dapat membina sarang pembiakan mereka dari serat-serat tangkai rumpair ini yang mereput. ... bersambung In Shaa Allah
Loading...
Back To Top