Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Raja Nazrin Shah Perlu Keluar Titah larang Himpunan Icerd

Oleh Mohd Sayuti Omar

Nampaknya parti agama dan Umno bersungguh untuk mengadakan himpunan menentang ICERD 8 Disember ini. Walaupun kerajaan sudah mengaku kalah untuk tidak laksanakan ICERD, tetapi kedua parti itu tetap berdegil.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah mengeluarkan kenyataan menyatakan ICERD yang menimbulkan kontroversi dan kemarahan ramai itu tidak akan dilaksanakan. Pemimpin parti komponen PH lain juga menyataka
Loading...
class="text_exposed_show">n perkara sama. 

Begitu juga dengan para Mufti juga ikut sama memberi nasihat tidak ada keperluan himpunan itu diadakan. Setakat ini dua Mufti negeri yang berpendapat demikian.

Namun semua kenyataan itu tidak diendahkan. Kenyataan PM, Mufti dan Menteri di buang ke laut sahaja. Atas alasan persiapan dan logistik mengadakan himpunan itu sudah disediakan maka ia perlu diadakan juga dengan mengubah maksud himpunan itu sebagai himpunan kesyukuran atas kesediaan kerajaan mengaku kalah.

Keghairah Pas dan Umno itu terserlah apabila majlis-majlis untuk menggoda rakyat agar hadir ke perhimpunan - ceramah pra himpunan ICERD itu terus diadakan di beberapa tempat.

Tampaknya niat kedua parti itu tidak mudah untuk diuruskan. Hanya satu cara yang masih ada untuk memastikan himpunan itu tidak akan berlaku, apabila ia disuara sendiri oleh Pemangkau Yang Dipertua Agong, Raja Nazrin Shah.

Elok Raja Nazrin Shah atas kedudukannya sebagai Pemangku Yang Dipertuan Agong mengeluarkan titah melarang agar himpunan yang ditrancangkan itu dibatalkan. Itu sahaja caranya.
Loading...
Back To Top