Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PPBM perlu tolak bekas pemimpin Umno Sabah

Oleh

Oleh Ravivarman Abboo

Gambar bekas pemimpin kanan Umno Sabah yang memegang apa yang kelihatan sebagai borang keahlian PPBM menular di media sosial dan portal berita di atas talian, memacu spekulasi bahawa mereka akan menyertai parti yang berpangkalan di Semenanjung.

Salah satu gambar menunjukkan bekas ketua Umno Sabah, Hajiji Mohd Noor, yang merupakan Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Sulaman, Masidi Manjun Adun Karanaan dan Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Dun bergambar dengan borang yang menyerupai borang keahlian PPBM.
Bagaimanapun, Masidi
Loading...
enggan mengesahkan apabila ditanya sama ada kumpulan itu telah menyertai PPBM.

Pengerusi PPBM dan Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, PPBM tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun terdapat ramai pemimpin Umno keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen dan wakil rakyat bebas.

Namun Tun berkata bahawa rakyat Sabah boleh menyertai PPBM dan tidak mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Jika PPBM berhasrat berbuat demikian, mereka harus mengambil kira sentimen dan pendapat rakyat Sabah. PPBM juga perlu mengadakan perbincangan dengan parti Warisan yang merupakan salah sebuah parti tempatan yang menjadi rakan strategik Pakatan Harapan (PH) di Sabah sebelum keputusan bersama dicapai demi menjaga kepentingan politik dan rakyat Sabah.

PH harus menghormati keputusan rakyat menolak Umno pada pilihan raya ke-14 dan merupakan salah satu parti komponen kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Penolakan tersebut bukan sahaja bererti rakyat menolak Umno, tetapi rakyat juga menolak pemimpin yang menjadi sebahagian sistem pemerintahan kerajaan BN.

Jika PPBM menerima pemimpin Umno Sabah ke dalam parti mereka, ia akan dilihat sebagai pengkhianatan kepada pengundi yang telah memilih untuk menyingkirkan Umno di Sabah dalam pilihan raya Mei lepas.
Loading...
Back To Top