Seorang bekas exco Kedah dan sekumpulan ketua Umno bahagian hari ini mengumumkan mereka meninggalkan parti itu, memberi satu lagi tamparan kepada bekas parti pemerintah susulan penghijrahan keluar beberapa wakil rakyatnya sebelum ini.
Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, yang tewas di kerusi DUN Ayer Hangat di Langkawi pada pilihan raya umum Mei lepas, disertai 7 ketua Umno bahagian.
Rawi hari ini menggambarkan Umno “kapal yang karam”.
“Ia seperti menjadi anak kapal di atas kapal berusia 60 tahun. Kami penjaga muatan kapal, iaitu rakyat, tetapi kapal sudah reput dan mula karam. Jadi, pada ketika ini, saya mesti lindungu muatan saya,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Alor Setar.

Loading...
data-google-query-id="CMe_ntrnr98CFVWLjwod-AkGKA" id="div-gpt-ad-1542608808042-0" style="height: 1px; width: 1px;">
Dipercayai terdapat kira-kira 500 ahli parti di 7 bahagian.
Rawi berkata tiada gunanya ahli Umno terus bersama parti itu selepas kekalahan pada pilihan raya lalu.
Beliau mendakwa lebih ramai di Kedah yang mahu meninggalkan Umno.
Mutakhir ini, Umno menyaksikan pemergian wakil-wakil rakyatnya. Minggu lepas, 10 Ahli Parlimen keluar parti, menjadi tamparan kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid sudah menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Rawi, yang bersama Umno selama 28 tahun, berkata dia perlu melakukan “perkar yang betul” walaupun dibantah ahli keluarga.
“Saya tahu ramai akan menyokong langkah ini dan pada masa yang sama akan menyebabkan beberapa orang marah. Tetapi, demi memperjuangkan hak orang Melayu dan orang Islam, saya sedia melakukan apa sahaja.
“Jika parti yang menyokong orang Melayu dan orang Islam seperti Umno menjadi lemah dan gagal capai matlamatnya, saya rasa sudah masanya kita keluar.”