Oleh Harlina Halizah Siraj
Coretan ini ditujukan khas kepada warganegara Malaysia yang telah memilih kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) semasa PRU14 pada 9 Mei yang lalu.
Sudah lebih enam bulan usia Malaysia Baharu. Tentunya anda bersetuju dengan saya, selama enam bulan ini – emosi kita sentiasa naik dan turun, sekejap gembira, kemudian kecewa, gusar, cemas, lega bersilih ganti dengan bimbang yang mencengkam. Terkadang kebingungan, sebentar kemudian bangga dan terharu. Begitulah pergolakan emosi, ibarat `roller-coaster’ yang dialami oleh setiap warganegara yang prihatin dan begitu sayangkan negara yang telah sama-sama kita bangunkan semula.
Kita semua maklum benar, perjalanan di hadapan untuk Malaysia Baharu penuh ranjau dan onak duri. Banyak cabaran, ujian dan halangan yang perlu dilalui. Barisan pimpinan Malaysia Baharu terpaksa berhadapan dengan seribu satu macam permasalahan dalam setiap aspek pentadbiran negara.
Yang paling mencabar adalah untuk membentuk satu kerangka minda baru yang lebih segar, sentiasa bercambah, berdaya saing dan progresif di kalangan warganegara. Kerajaan PH perlu segera serius melaksanakan strategi yang berkesan untuk menangani kerangka minda lama yang terbelenggu, tertawan, tertutup dan terhad agar dibimbing menjadi lebih kritis dan kreatif.
Satu demi satu isu, konflik dan kontroversi datang menerjah. Ujian terkini terhadap kewibawaan kerajaan PH dalam mengemudi Malaysia Baharu adalah berkaitan dengan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (International Convention

Loading...
on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan PH menunjukkan sikap yang lebih terbuka dan telus dalam menangani reaksi masyarakat khususnya warga Melayu Muslim yang merasa terancam dan tergugat sekiranya ICERD diratifikasi oleh Malaysia. Kaedah kerajaan PH dalam menguruskan kepelbagaian pandangan khususnya yang bertentangan ternyata jauh lebih matang dan berhemah, jika dibandingkan dengan regim kerajaan terdahulu. Hak rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan dan teguran terhadap kerajaan diberikan kebenaran dan laluan, selagi mana warga yang terlibat dalam perhimpunan menunjukkan sifat tanggungjawab dan disiplin yang tinggi. Begitulah hubungan dinamik yang seharusnya terjalin antara kerajaan dan warga rakyatnya. Kerajaan PH lebih memahami tentang tanggungjawab memberikan khidmat bakti kepada rakyat Malaysia – sama ada yang memilih mahupun yang menolak Pakatan Harapan semasa PRU14.
Paling tidak, kerajaan PH ini lebih responsif dan bersedia mendengar pandangan dan pendapat rakyat marhaen. Hubungan professional antara rakyat dan kerajaan ini adalah salah satu ciri ketamadunan yang tinggi.
Seperti biasa, pasti ada suara dan pandangan yang sentiasa mengkritik dan mencemuh, tidak henti-henti memberi gambaran negatif dan cemar kepada setiap usaha kerajaan PH. Selagi mana setiap maklumbalas itu ada dalil dan data statistiknya, kerajaan PH harus terus prihatin membuat muhasabah dan refleksi yang berterusan untuk memastikan khidmat bakti yang semakin bertambah baik. Sekiranya bantahan itu semata-mata timbul kerana persepsi sempit atau demi menjaga kepentingan sesetengah kelompok sahaja, kebijaksanaan dan kematangan rakyat Malaysia ini akan mampu menangani konflik tersebut dengan sebaik-baiknya.
Ramai warganegara Malaysia yang sebenarnya sentiasa berpegang kepada prinsip – berani menegur keterlanjuran sahabat dan kawan akrab, dan pada masa yang sama tidak lokek memuji kebaikan dan kebijaksanaan tindakan lawan.
Ayuhlah, tugasan kita sebenarnya lebih tertumpu untuk membantu kerajaan yang kita sama-sama pilih ini menyempurnakan tanggungjawab dan amanah kepimpinan yang begitu mencabar.
Ayuhlah bersama membina Malaysia Baharu – sebagai satu kerahmatan dan anugerah dari Allah SWT. Sebagaimana yang sama-sama kita laungkan dalam lagu Negaraku : Rahmat bahagia Tuhan kurniakan!
Jangan lupa titipkan doa yg tulus & mulus dlm setiap tahajjudmu, moga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk & hidayah-Nya kpd kita semua.