Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Majlis Gereja tidak jaga sensitiviti Islam

Oleh DR. ALIAKBAR GULASAN

ALUMNI Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) hari ini membidas kenyataan Majlis Gereja-gereja Sabah berkenaan guru-guru agama Islam untuk mengajar di Negeri Sabah.

Sebagai umat Islam, untuk menambah guru-guru agama di Sabah merupakan satu berita yang menggembirakan dan tidak sepatutnya ditakuti oleh sesiapa pun.
Loading...
style="text-align: justify;">
Saya merasa hairan bagaimana Majlis Gereja Sabah boleh membuat kenyataan yang sensitif dan menyentuh hak asasi umat Islam.

Selain daripada hak asasi umat Islam, harus difahami bahawa agama Islam termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama persekutuan dan agama rasmi Negeri Sabah.

Kami juga difahamkan masih terdapat sekolah-sekolah di Sabah yang tidak mempunyai guru agama Islam.

Sepatutnya semua pihak menyokong usaha yang baik seumpama ini. MARSIS mencadangkan kepada kerajaan untuk menganjurkan satu forum atau apa sahaja medan perbincangan untuk memperkasakan pendidikan Islam di Sabah.

MARSIS juga berharap agar tidak ada pihak yang berani menyentuh hal ehwal agama lain tanpa mendapat maklumat yang betul. Kepelbagaian agama dan keharmonian yang terdapat di negeri Sabah mesti dikekalkan sampai bila-bila.

Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS)
Loading...
Back To Top