Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kita tidak mahu nasib yang menimpa Adib berulang

Oleh Arif Atan

Baru ini anggota bomba sanggup pertaruh nyawa bergayut turun dari tingkat paling atas sebuah hotel di Persiaran KLCC menyelamatkan dua pekerja pencuci bangunan yang tersangkut di tingkat 33!

Di Klang juga , anggota bomba merempuh asap tebal menyelamatkan wanita warga emas berketurunan India berusia 70-an.

Ahli keluarga lain cabut lari keluar awal menyelamatkan diri dah. Mangsa terperangkap. Bomba terpaksa pecahkan jeriji tingkap bilik rumah yang kemudiannya terbakar 80 peratus. 

Petang kelmarin pula, bomba menyelamatkan seorang budak lelaki yang sebahagian kaki kirinya hampir sejam tersepit dalam lubang aliran air pada longkang kecil di rumahnya.

Bukan semua orang mampu jadi anggota bomba. Bukan semua orang sanggup pertaruhkan nyawa walaupun atas faktor sumber pendapatan.

Justeru, pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim (28 Mei 1994 - 17 Disember 2018) selepas 21 hari bertarung nyawa dibelasah perusuh dan ekstremis Hindu di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor MESTI dibela.

Suka atau tidak, Adib yang sepatutnya menikah Jumaat, 21 Disember
Loading...
lepas terkorban kerana disambar api perkauman.

Mereka mesti diheret ke muka pengadilan. Menteri Perpaduan (Perpecahan?), Waytha Moorthy yang menyalahkan polis pada sidang media dan memberi jaminan kuil di atas tanah milik pemaju itu ditangguh roboh mesti bertanggungjawab.

Tindakan menteri-menteri dan seorang Exco kerajaan negeri Selangor dilihat mahu menjadi hero filem Tamil.

Pemimpin India Pakatan Harapan (PH) gagal mententeramkan kaumnya malah tambah menghasut. Mereka bahkan membelakangi penghakiman Mahkamah Tinggi sejak tahun 2014.

Kenyataan termasuk menulis kumpulan Muslim menyerang kuil itu jelas menghasut masyarakat India untuk merusuh dua malam berturut-turut.

Sikap ekstremis, ganas dan rasis terserlah apabila mereka sanggup menyekat pergerakan trak FRU, merosakkan kereta pengguna jalan raya dekat kuil itu, memukul dua belia Melayu bermotosikal, menyerang bomba dengan membaling kayu dan besi serta membelasah Adib sehingga tulang rusuk tertusuk paru-paru.


Justeru, jika benar kerajaan PH dan rakyat Malaysia menghargai pengorbanan pasukan bomba serta risiko ancaman nyawa mereka ketika bertugas, ROBOHKAN kuil haram di USJ 25 itu dan di seluruh negeri dan negara.

Rakyat mesti diajar nilai prinsip Rukun Negara - Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-undang.

Masyarakat India penganut Hindu khususnya mesti mencontohi sifat tolak-ansur orang Melayu dan tegas diingatkan tentang Kesopanan dan Kesusilaan. Mendirikan tempat ibadat mesti di atas tanah yang sah.

Menteri Besar Selangor dan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) jangan angguk tunduk pada tekanan ekstremis kaum dan agama.

Negeri-negeri lain pun perlu menguatkuasakan peraturan berkaitan pembinaan rumah ibadat.

Kita tidak mahu nasib yang menimpa Adib berulang lagi pada masa depan.
Loading...
Back To Top