SUBANG JAYA: Kementerian Dalam Negeri membenarkan polis menggunakan undang-undang kontroversi yang sedang dikaji kerajaan kerana keadaan semasa, selepas keganasan meletus dalam kontroversi kuil Seafield.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu disetujui jemaah menteri Jumaat lalu. Undang-undang kontroversi itu ialah Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota), serta Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Akta Hasutan, Sosma, Poca dan Pota antara 7 undang-undang yang dikaji semula kerana didapati tidak lagi sesuai dalam landskap hari ini.
“Tindakan-tindakan itu tidak boleh dibuat sementara akta itu dikaji, nak dirayu atau dihapuskan tetapi dengan keadaan semasa, dengan apa yang sedang berlaku, maka Kabinet bersetuju membenarkan polis bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas bertemu pasukan keselamatan di Kuil Sri Maha
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu disetujui jemaah menteri Jumaat lalu. Undang-undang kontroversi itu ialah Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota), serta Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Akta Hasutan, Sosma, Poca dan Pota antara 7 undang-undang yang dikaji semula kerana didapati tidak lagi sesuai dalam landskap hari ini.
Loading...
Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan pihak berkuasa mempunyai instrument undang-undang untuk bertindak dalam situasi seperti itu.
“Moratorium bermakna kita tak boleh gunakan tatacara operasi standard biasa. Keadaan ini memberikan satu panduan baru, supaya polis boleh bertindak mengikut budi bicara dan apa sahaja undang-undang yang boleh untuk menjamin ketenteraman awam,” katanya.
Kes Papagomo jadi peringatan
Sementara itu, Muhyiddin menyeru orang ramai menjadikan penahanan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, sebagai peringkatan.
Beliau berkata ahli politik terutamanya harus ingat tindakan undang-undang akan diambil ke atas kenyataan-kenyataan atau tindakan-tindakan yang berunsur hasutan.
“Hasutan perbuatan yang amat salah dari sudut undang-undang. Jadi sebab itu kita angkat moritorium supaya polis boleh menjaga keselamatan, ” katanya.
Pemimpin Umno itu ditahan dalam siasatan polis ke atas video yang dmuatnaik di laman sosial.
Muhyiddin berkata pihak berkuasa menahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dan Exco Selangor, V Ganabatirau jika siasatan menemui asas kukuh.
Waytha dan Ganabatirau dikecam ramai pihak kerana kenyataan yang dikeluarkan dalam kontroversi kuil Seafield.
Sementara itu, Muhyiddin meminta Wisma Putra menyampaikan bantahan kepada kerajaan India selepas seorang ahli politik negara itu membuat tuduhan tidak berasas berhubung kontroversi kuil Seafield dalam suratnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia 4 hari lalu, mendakwa kuil itu dirobohkan manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh secara ganas.
Arjun Sampath, yang mengetuai Parti Rakyat Hindu, menggunakan ungkapan yang keras antaranya “fasis Islam”, “suka menumpahkan darah”, “xenofobia kejam”, “kekejaman”, “cuvanis Islam sempit”, dan “orang jahat”.
“Kita harus tolak memorandum itu dan minta Kementerian Luar Negeri membuat bantahan kepada pihak berkuasa bukan saja kedutaan India tetapi juga di Delhi sebab ini memberikan gambaran buruk,” katanya.
“Mereka tiada hak mencampuri urusan-urusan dalam negara kita.”