Segala imej dan reaksi yang terpancar pada wajah yang dihantar kepada seseorang, itulah aura yang ada dalam diri ini yang dinamakan sebagai `undang-undang getaran atau gelombang jiwa’. 

Senyuman ialah imej dan reaksi yang pertama dan paling berkesan dalam memberikan aura positif kepada diri kita. Senyuman dari hati yang bersih dan ikhlas akan menyediakan corak kehidupan yang mengagungkan Allah SWT dengan patuh kepada perintah-Nya dan memuliakan manusia dengan menjaga silaturahim. 

“Indahkan dirimu dengan senyuman, jagalah senyum, indahlah hidupmu.” 

Konsep membina kehidupan positif melalui senyuman itu diperjelaskan seperti berikut. Pertama, untuk ‘S’ merujuk kepada ‘solat’. Perkara yang utama perlu difokuskan dalam hidup seorang Muslim ialah solat. Kualiti solat akan menentukan kualiti hidup seseorang Muslim.Solat mendisiplinkan kita menjaga masa. Maknanya orang menjaga solat ialah orang yang hidupnya terbiasa dengan menjaga masa. Mengambil wuduk sebelum solat, mendisiplinkan kita menjaga kebersihan fizikal dan hati. 

Membaca niat akan mendidik hati kita supaya lurus dan betul termasuk hal-hal keduniaan. 
Percayalah, segala apa yang diniatkan, kita akan bertanggungjawab ke atas segala yang dilakukan. 

Ketika bersolat masing-masing fokus ke tempat sujud dan ini akan mendisiplinkan kita agar sentiasa fokus dalam melaksanakan sesuatu terutama untuk menjadi orang berjaya. Rukun dalam solat seperti rukuk dan iktidal mendisiplinkan kita mengikut peraturan selain mendidik seseorang itu menjadi orang yang tenang, penuh tawaduk dan penuh kehambaan. Ketika mengakhiri solat dengan memberi salam ke kanan dan kiri, mendidik kita agar menjaga hubungan silaturahim sesama manusia. 

Selesai solat kita