Beliau sambil tertawa besar berkata, saya bukan baharu dengan akhbar ini malah membesar dengan menjadikan Utusan Melayu dan Utusan Malaysia sebagai wadah penulisan dan pemikiran saya.

Tapi kini dengan bertukarnya kerajaan marilah kita sama-sama meraikan pendapat dan kebebasan,” ujarnya yakin. Dalam pertemuan selama lebih sejam bersama wartawan Utusan MalaysiaHAFIZAHRIL HAMID, beliau berkongsi pelbagai pandangan, isu, serta kupasan tentang senario politik tanah air selain siapa sebenarnya sosok bernama HISHAMUDDIN RAIS ini.

Berikut adalah sedutan wawancara itu dan untuk video penuh boleh tonton di Utusan Online mulai hari ini.

UTUSAN: Hishamuddin Rais dan Utusan Melayu?

Hishamuddin: Saya bukan orang baru di Utusan pernah menulis dan menang hadiah penulisan terbaik di Utusan ketika zaman Johan Jaaffar dan menulis tentang budaya dan filem pada tahun 1995 hingga 1997 atau sebelum berlakunya reformasi. Saya juga akui dibesarkan dan pembelajaran saya melalui Utusan Melayu.

Ketika sekolah rendah saya baca Utusan Melayu sebelum beralih kepada Utusan Malaysia dalam rumi. Malah saya ingat tentang peristiwa mogok utusan dan sebenarnya pernah melawat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin ketika masih dalam tulisan Jawi dan sangat meminati komik Dol Keropok dan Wak Tempe. Boleh tanya pada mereka yang senior tentang komik itu yang dilukis Raja Hamzah. Masa tu masih pakai cop dengan timah dan huruf disusun.

Saya juga pernah dijemput untuk berforum di pejabat Utusan Melayu bersama Arwah Pak Sako, Zam (Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin) dan Azah Aziz, isteri kepada Ungku Aziz membincangkan tentang bagaimana orang luar melihat Utusan. Dan kini apabila kerajaan bertukar saya lihat marilah kita bersama-sama meraikan kebebasan dan demokrasi dan kepelbagaian pendapat.

Isu liberal dan kurang Melayu?

Saya umpamakan diri ini seperti dalam drama Shakespeare ada babak pertama kedua dan ketiga. Selama 20 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Babak kedua saya selama 20 tahun berkelana di luar negara dan kini kembali ke Malaysia.

Pengalaman saya membesar di dalam negara tidak akan mengubah cara pemikiran saya kerana ia penting. Jadi saya bagi satu peribahasa Iraq, sesiapa yang telah minum air Sungai Najlah, dia akan terus kembali ke Baghdad. Jadi macam saya ni dah pernah minum air Sungai Kelang akan tetap kembali ke Malaysia. Memang ada betulnya pandangan saya ada yang berubah kerana pengalaman yang saya lalui juga berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi tidak semestinya saya adalah sosok yang berbeza ketika bersekolah di MCKK dan Universiti Malaya (UM) dan saya masih lagi orang sama. Hanya penambahan-penambahan dan pengalaman saya makin meluas tetapi rujukan saya saya masih lagi di bumi dan tanah Melayu.

Budaya yang saya pegang masih lagi budaya Melayu dan saya memanggil diri ini tetap berpegang pada pembudayaan Melayu Islam, itu saya tidak lari,

Kenapa kritikal terhadap Anwar Ibrahim?

Orang selalu silap faham dengan melihat saya menyokong atau mengkritik berdasarkan sosok. Saya akui menyokong reformasi, kerana diyakinkan kezaliman telah berlaku dan saya sangat yakin.

Saya ditangkap dan dipenjara menggunakan ISA selama dua tahun oleh Tun Dr. Mahathir. Namun apa