Loading...
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Saya bukanlah “kaki demonstrasi” tetapi sentiasa cuba menghadirkan diri dalam setiap tunjuk perasaan, khususnya yang dianjurkan pembangkang pada era sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Pada zaman mahasiswa, ketika kampus diikat ketat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), saya percaya kongkongan terhadap aktiviti pelajar umpama proses mencacatkan anak-anak muda generasi pelapis.
Aksi demonstrasi tidak perlu digeruni. Ia hanya salah satu cabang daripada kebebasan bersuara, yang dijamin Perlembagaan. Selalunya tanpa didasari motif kukuh himpunan protes sukar mendapat sambutan.
Biasalah, unjuk rasa dimeriahkan dengan pelbagai slogan, teriakan, jeritan, ucapan berapi-api, serta disulami lagu bersemangat. Pesertanya beremosi tinggi mendesak sesuatu tuntutan dilaksana atau menggesa sesuatu perkara dibatalkan.
Kadang-kadang bendera mewakili mesej tertentu dikoyak atau patung olok-olok lambang personaliti seseorang dibakar. Bukan hanya demonstran perlu bersabar, pasukan keselamatan seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga wajar berhemah. Budi bicara harus tinggi.
Pada 1989, ketika bertugas sebagai pemberita Harakah, saya melaporkan demonstrasi pelajar Universiti Malaya. Mereka membantah penganjuran sebuah konsert di hadapan Dewan Tunku Canselor. Bukannya atas faktor kebencian terhadap program hiburan tetapi mengecakm sikap double standard pentadbiran universiti mengendalikan permohonan pelajar beraktiviti.
Program santai mudah diluluskan tetapi diskusi intelektuan atau forum semasa ditapis teliti dengan syarat ketat. Ramai tokoh yang kritis disenarai-hitamkan.
Ekoran liputan bergambar yang merakamkan pihak polis menceroboh kampus untuk menyuraikan secara kekerasan demonstrasi itu, saya ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Waduh, begitu mudah sekali pihak penguasa menjejak punca kemarahan pelajar; lalu dituduh saya dalangnya.
Saya juga sering hadir demonstrasi aktivis Pas membantah aksi angkuh kuasa-kuasa besar, seperti pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan dan pengeboman Amerika Syarikat untuk membunuh Presiden Libya, Muammar Ghadafi. Tetapi ia terhad di perkarangan kedutaan terbabit sahaja.
Protes terhadap tindakan brutal di Bosnia-Herzegovina menggamit perarakan di Kuala Lumpur. Kemuncaknya adalah solat hajat di Dataran Merdeka, diimami Presiden Pas, Ustaz Fadzil Mohd Noor. Satu kelainan apabila tunjuk perasaan dalam bentuk perarakan dan solat hajat di tengah ibu kota di khalayak ramai.
September 1998. Demonstrasi bertukar wajah. Naik tingkatannya. Mata lebam Anwar Ibrahim menarik ribuan turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya hadir pada pagi itu, hari pertama Kuala Lumpur menggelagak, berdekatan restoran nasi kandar, dekat Dataran Merdeka. Kedai-kedai tutup. Bimbang pintu kaca musnah. Penyokong Anwar dibelasah, disembur gas pemedih mata dan disumbat ke Black Maria.
Mesej yang mahu disampaikan jelas. Bekas TPM telah dizalimi dan diaibkan. Dalam jagaan polis, di Bukit Aman, matanya lebam biru. Gambar Anwar itu menjadi ikonik pembakar semangat para Reformis. Seluruh sistem terlibat dalam konspirasi. Media, polis, jabatan peguam negara, kehakiman, jentera kerajaan, terbabit dalam komplot.
Rakyat bangkit melawan dengan tangan kosong. Gelombang Reformasi membadai. Tidak sedikit korban dicatat. Kecurangan elit penguasa cuba ditumpaskan. Namun, masanya belum tiba. Kerajaan BN bertahan.
Sepuluh tahun berlalu. Menjelang PRU 2008, rasanya ramai menjangkakan regim berkuasa tiada tergugat selepas PM baharu, Abdullah Ahmad Badawi menang lebih 90 peratus kerusi Parlimen dalam PRU ke-11. November 2007, tercetus demonstrasi dan perarakan raksasa menuntut sistem dan proses pilihan raya yang adil dan bebas, Bersih.
Saya hadir dan bersama ribuan yang lain bermandi hujan bercampur semburan water canon. Dekat bangunan KWSP Jalan Tuanku Abdul Rahman saya sempat bersembang dengan Dr Syed Husin Ali. Dia teruja dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum. Ada yang berani melempar semula kelongsong gas pemedih mata kepada pihak FRU.
Butiran tuntutan Bersih yang disampaikan ke Istana Negara jelas. Proses demokrasi yang penuh kepincangan dan kecurangan mesti diperbetulkan. Tiang seri demokrasi yang hampir patah mesti ditegakkan.
Tidak lama sebelum himpunan baju kuning itu, lebih 2,000 peguam berarak di Putrajaya mendesak pembaharuan dalam sistem keadilan. Kemudiannya, Kuala Lumpur dikejutkan dengan perarakan tidak terjangka kaum India, di bawah Hindraf.
Setiap pintu masuk Kuala Lumpur disekat. Road-block di mana-mana. Pakai baju kuning dianggap kesalahan besar, apatah lagi menjualnya. Hinggakan ada pekerja Bangladesh mengenakan pakaian rasmi restoran pun dikutip polis.
Stesen LRT berdekatan lokasi himpunan turut ditutup. Saya pun pernah terperangkap di pintu keluar LRT Sogo. Secara tiba-tiba saya menjerit kuat minta dibuka. Takut juga pengawal!
Saya tidak pernah absen dalam setiap demo Bersih. Lima kali semuanya, termasuk yang dihadiri Dr Mahathir Mohamad. Hanya demo Bersih 1.0 saya masih mampu melangkah gagah, bakinya terpaksa bertongkat dan ada sekali berkerusi roda.
Selalunya saya akan menyusup masuk kota raya pada sebelah malam hari protes. Dua hotel menjadi persinggahan, satu berhampiran Pudu Sentral dan satu lagi berdekatan Stadium Merdeka. Pernah menyambut hari lahir pada pagi demonstrasi, 9 Julai 2011.
Selepas jalani rutin dialisis, saya gagahi juga untuk merasai kemeriahan. Bukankah tuntutan Bersih belum terlaksana lagi? Pilihan raya masih tercemar teruk. Cuma tidak termampu untuk bermalam di atas jalan raya pada himpunan yang memakan masa dua hari, 29 dan 30 Ogos 2015.
Majoriti senyap
Saya masih ingat, semasa nengheret kaki mendaki tangga Stadium Merdeka, saya dan isteri berselisih dengan sekumpulan peserta Tionghoa. Menyedari kelemahan saya sebagai OKU, mereka begitu menyantuni dan menawarkan bantuan.
Seorang daripadanya terlanggar isteri saya. Berkali-kali dan bersungguh-sungguh dia mohon maaf. Pertautan lebih erat antara kaum dalam setiap himpunan Bersih. Masyarakat bukan Melayu juga merakam penghargaan buat anggota Amal Pas yang memberi khidmat sukarela terutama ketika diamuk gas pemedih mata.
Terkenang siri demonstrasi berkenaan, saya jadi terharu bercampur pilu. Himpunan aman memang satu wadah berkesan untuk bersuara dan diiktiraf sebagai saluran sah dari segi demokrasi.
Zaman sudah berubah. Regim kleptokrat dan autokrat direhatkan. Kerajaan baharu terbuka kepada pandangan berbeda dan bersedia dikritik walaupun menyedari ia sarat dengan motif politik.
Polemik Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sudah bertukar kepada medan memperagakan kekuatan parti, selain memaparkan imej Pakatan Harapan yang didakwa mengkhianati Melayu-Islam. Bagi saya, itu adalah lumrah dalam persaingan merebut pengaruh dan kuasa.
Biarpun sudah dipertegaskan oleh Kabinet bahawa ICERD tidak akan diratifikasi, namun usaha membakar sentimen tetap giat dilakukan. Gabungan baru pembangkang, Pas- Umno, melihat ini satu peluang terbaik mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu- Islam.
ICERD yang ditafsirkan secara sewenang-wenangnya gagal difahami secara tuntas. Keresahan orang Melayu-Islam tambah merebak. Media rasmi pula bagaikan tidak mampu memberi penjelasan secara menyeluruh, dalam keadaan kerajaan sudahpun menolaknya.
Keupayaan Pas menarik penyokongnya “memutihkan” KL tidak dipertikai. Itu memang kekuatan Pas zaman berzaman termasuk ketika hanya menang satu kerusi Parlimen pada 1986.
Cuma majoriti senyap yang lebih sederhana akan membuat penilaian. Ya, gunakanlah hak demokrasi anda untuk berhimpun, berarak dan bersuara. Kemukakan apa sahaja dalil, tuntutan atau buatlah majlis kesyukuran.
Saya percaya himpunan ini akan berjalan aman walaupun dijangka sejuta bakal hadir. Ia juga menjadi pengalaman berharga buat para pemimpin yang dahulunya ditembak gas, kini berperanan untuk mengawasinya pula agar licin dan selamat!