Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Antara Tshirt Bantah Icerd Muslimah & Penampilan Patuh Syariah.

Loading...

Salam ukhuwwah ..& Salam Perjuangan..
Teruja menanti...
Menghitung hari dan berazam untuk hadir sekeluarga dalam Himpunan Aman Bantah ICERD pada hari Sabtu,  8 Disember 2018 esok..
Moga dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT ...

Bagi muslimat atau kaum hawa ,saya ingin mencadangkan anda memakai jubah hitam di bahagian dalam , sebelum menyarung T-shirt Muslimah Bantah ICERD yang berwarna putih supaya kelihatan lebih  selesa .

Nantinya anda akan kelihatan seperti memakai kain  hitam atau skirt labuh di samping memakai seluar panjang atau track suit di bahagian dalam supaya anda mudah melangkah.
Jangan lupa memilih jenis berkualiti dan menentukan  fabrik kain yang sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan di saat cuaca hujan atau panas yang tidak menentu ....
Ini bergantung kepada keselesaan masing -masing ...

 Memakai jubah berwarna hitam juga  dapat mengelakkan bentuk tubuh anda dari kelihatan  berbekas apabila pakaian kita basah kerana T-shirt berwarna putih hanya di sarung di bahagian luar sahaja tanda kebersamaan warna tema himpunan kita yang melambangkan hasrat hati yang suci murni.. ...
Ini hanya sekadar cadangan,terpulang kepada keselesaan individu muslimah yang inginkan penampilan yang sesuai dan patuh syariah ..

Selain itu,  persediaan membawa payung ,air mineral,roti atau biskut oat ,alas tempat duduk dan beg sandang muslimah  adalah sangat sesuai dalam himpunan aman seperti ini ..

TOLAK ICERD!!!
BANTAH ICERD!!!
Kita jumpa di sana...!

"Kuala Lumpur ,mu tunggu..
Kami datang ..."

Salam hormat :
Normala Sudirman 
AJK Dewan Muslimat Malaysia
Loading...
Back To Top