Kenyataan enam tahun dahulu ini disampaikan kepada sebahagian Ahli Parlimen di Belanda sebagai kaedah mendapat sokongan agar Malaysia dikutuk dan dihina sebagai bukan negara demokrasi yang adil. Ironinya, individu sama yang membuat kenyataan berbaur perkauman, fitnah dan terang-terangan mensabotaj negara ini – hari ini diangkat menjadi anggota kabinet di Malaysia. 

Banyak pihak yang menggesa anggota kabinet ini dipecat atau meletakkan jawatan. Itu belum tentu berlaku kerana kerajaan hari ini ‘maksum’ dan kalis dosa politik. Gesaan dan desakan sudah kurang laku. 

Polemik keperluan Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menjadi tajuk utama akhbar dan perbualan rakyat mutakhir ini. 
Banyak pandangan yang diberikan, baik menyokong mahupun menidakkan kepentingan kita menjadi sebahagian daripada agenda ICERD.

Kenyataan P. Waytha Moorthy (pada masa itu aktivis Hindraf) di Belanda adalah suatu contoh paling klasik bagaimana usaha penipuan dan propaganda mampu memberi kesan buruk kepada negara. Bukanlah sesuatu yang mustahil, penerimaan ICERD akan mencambah lebih banyak NGO yang memperjuangkan perkara-perkara yang ekstrem dan melampau. 

Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara yang tidak pernah menghormati bangsa dan agama lain. Inilah negara yang paling akut menodai prinsip keadilan dan hak asasi manusia. Malahan, dikatakan wujud paksaan menukar agama semata-mata mahu mendapatkan sedikit akses kepada jaringan keselamatan sosial.

Semua tuduhan yang dinyatakan bukan sahaja tidak benar malahan palsu sama sekali. Ya, mungkin si jurucakap tersebut sudah menukar ‘pendirian’ selepas diberikan jawatan – namun kenyataan sabotaj seperti ini menuntut bukan