Pencetus kontroversi ini tidak mengetahui, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan kerajaan dunia dan resolusi, konvensyen atau protokolnya tidak semestinya dipatuhi oleh negara anggotanya. 

Mereka juga tidak menyedari, keputusan PBB mesti dikaji secara menyeluruh oleh negara anggotanya untuk mengelakkan impak negatif kepada nilai-nilai teras, kepentingan survival, kedaulatan dan keselamatan nasional.

Elit tertinggi pemerintahan di negara anggota PBB, termasuklah Menteri dan ADUN, mesti juga insaf, keputusan PBB tidak boleh mengatasi keputusan negara yang berdaulat. Ini kerana konsep dan sistem kenegaraan moden berdasarkan Perjanjian Damai Westphalia (1648) menegaskan, semua negara, besar atau kecil, mempunyai hak yang sama berkaitan kedaulatannya.

Kedaulatan negara juga dijadikan prinsip utama undang-undang antarabangsa yang menegaskan, sesebuah negara mempunyai kedaulatan yang eksklusif ke atas wilayahnya. Ia juga dimaktubkan dalam Kanun PBB bahawa tidak ada suatu autoriti boleh mengizinkan campur tangan mengenai hal ehwal yang dalam bidang kuasa sesebuah negara.

Selain itu, Majlis Keselamatan PBB hanya berfungsi untuk memelihara keamanan, Perhimpunan Agung PBB untuk membincangkan isu dunia, institusi sosioekonomi PBB untuk mewujudkan dunia yang saksama, dan institusi perundangan PBB untuk mengasaskan undang-undang antarabangsa. (Evan Luard 1979, dalam buku The United Nations: How It Works and What It Does).

Oleh itu, PBB tidak boleh mengarahkan negara anggotanya mematuhi atau mengguna pakai segala resolusi, konvensyen atau protokolnya. Hujah ini boleh dijadikan wacana pihak yang sudah mengutip 83,000 undi membantah ratifikasi