1. Kualiti produk.
 
Sebelum memulakan apa jua perniagaan dan apa jua bentuk pemasaran, pastikan dahulu produk yang anda akan jual berkualiti tinggi.

2. Pengalaman pengguna

Bagi memastikan pelanggan anda mempunyai pengalaman yang manis ketika ber­urusan dengan syarikat anda, bina struktur proses bagi setiap jabatan yang ada dalam syarikat. Tanpa proses yang mudah difahami dan efektif, pengguna pasti akan menghadapi masalah. 

3. Buah mulut.

Ia merupakan strategi pemasaran yang sangat efektif. Dengan pengalaman pengguna tadi, jenama anda akan menjadi buat mulut orang. Baik atau buruk, hanya dua sahaja pilihan yang akan terjadi. Di sini pemasaran melalui mulut ke mulut akan bermula, dan biasanya be­rita buruk akan tersebar de­ngan lebih cepat berbanding berita baik.

4. Tawaran nilai.
 
Manfaat yang bakal pengguna akan terima. Hampir kesemua pengguna akan berfikir dan membuat ‘kerja rumah’ terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Persoalan yang pa­ling penting yang bakal mereka tanya pada diri mereka sendiri ialah; “Adakah dengan membeli produk ini ia boleh membantu aku dalam kehidupan harian?”

5. Harga.
 
Tiada siapa yang suka membeli produk pada harga yang mahal. Untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti de­ngan lebih cepat, harga anda seharusnya bersesuaian dengan apa yang pasaran mahukan.

6. Kebiasaan pengguna. 

Faktor yang bakal menentukan jenama anda akan bertahan lama ataupun tidak ialah bagaimana produk anda menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pengguna. Sekiranya tidak, syarikat anda pasti akan menjadi kenangan pahit nanti.