Seorang peneroka Felda Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, anggaran pendapatan tersebut diperoleh selepas mengambil kira harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 bagi satu tan metrik.

“Dalam sebulan setiap peneroka dianggarkan dapat menuai kira-kira empat tan hasil kelapa sawit. Selepas ditolak pula dengan pelbagai kos operasi lain seperti baja, racun dan upah memotong buah sawit, peneroka hanya mendapat purata pendapatan bersih sekitar RM900 sahaja.

“Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda kini betul-betul berada dalam keadaan resah, bagi saya senang sahaja, kerajaan mesti pastikan harga sawit meningkat, selesai semua masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mansor, menambahkan lagi tekanan, pelbagai bantuan dan insentif bagi me­ngurangkan kesan kejatuhan harga