Hujah beliau, 85 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen mengandungi 35 peratus pengundi Cina dan India yang mana 69 daripadanya mempunyai 40 peratus pengundi daripada kaum tersebut.
Tetapi soalnya, apakah dengan membentangkan fakta ini ia memberi jaminan bahawa MCA mahupun MIC akan mampu meraih sokongan daripada pengundi-pengundi tersebut?
Cukup-cukuplah mahu menuding jari kepada UMNO berikutan apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Janganlah demi menutup kelemahan sendiri kerjasama UMNO