Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kronologi kes 1MDB

Kronologi kes 1MDB 

Kronologi kes 1MDB

Loading...
2017 Siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh
Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih
lanjut mengenai isu itu.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang
perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan
daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.



[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan skandal 1MDB selesai]


26 Oktober 2017

1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya
menghentikan perbuatan mengelirukan rakyat mengenai syarikat itu dan
sebaliknya akur bahawa tindakan tidak patriotik pihak pembangkang
melakukan sabotaj ekonomi terhadap 1MDB bagi kepentingan politik
sendiri, telah pun gagal.



[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB gesa Tony Pua berhenti kelirukan rakyat]


31 Oktober 2017

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankan
siasatan lanjut berhubung kes 1MDB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah
dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.



[ARTIKEL BERKAITAN: Peguam negara arah siasatan lanjut skandal 1MDB]


1 November 2017

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya dari
Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1MDB.



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata,
kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah kita terima daripada Pejabat
Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.



[ARTIKEL BERKAITAN: PDRM terima kertas siasatan 1MDB daripada AGC]


1 November 2017

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata siasatan lanjut terhadap 1MDB
perlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara
tertentu.



[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Siasatan lanjut berikutan kekurangan bukti]


27 November 2017

Krisis yang melanda 1MDB tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi
Malaysia. Kementerian Kewangan berkata, sebaliknya, isu melanda syarikat
tersebut hanya memberi impak yang rendah terhadap kedudukan ekonomi
negara, dengan program rasionalisasi syarikat itu sedang berjalan baik.



[ARTIKEL BERKAITAN: Impak 1MDB terhadap ekonomi Malaysia rendah]


27 Disember 2017

1MDB telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir
31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).



1MDB berkata, pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan
Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.



[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB buat bayara penuh kepada IPIC]


9 Januari 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1MDB
gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan
Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman
jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum
Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).



[ARTIKEL BERKAITAN: Najib: 1MDB dan kerajaan gagal batal saman]


28 Februari 2018

Indonesia, merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum ini
dicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian
daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan
dana 1MDB.



[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB: Indonesia rampas kapal Equanimity]


7 Mac 2018

Kerajaan Malaysia didakwa menyuntik dana RM2 bilion yang diambil secara
hutang ke dalam projek 1MDB yang dinamakan The Exchange 106.



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, kerajaan melalui anak
syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang
bernama MKD Signature Sdn Bhd telah menyuntik RM2 bilion dalam projek
pembangunan 1MDB ini.



[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB tambah lagi beban hutang]


12 Mac 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) mengambil langkah menyelesaikan isu air
di Selangor yang disifatkan kritikal berikutan Menteri Besar Selangor
itu cuba mengaitkan pembayaran faedah hutang negara dengan 1MDB.



[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tanya  1MDB, Najib sindir isu air]


13 Mac 2018

Ahli Parlimen DAP mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi
Harun yang didakwa ‘menyimpan’ dokumen yang dikemukakan Bank Negara
Malaysia (BNM) membuktikan perkaitan antara Jho Low dan 1MDB.



[ARTIKEL BERKAITAN: Polis ada bukti surat perkaitan Jho Low, 1MDB]


21 Mac 2018

Semua maklumat berkaitan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai
berita palsu.



Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari
berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan
pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu
ialah berita palsu.



[ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat 1MDB hanya dalam PAC selain itu berita palsu]


23 Mac 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporan
siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat
kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.



[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan PAC jelas Najib tidak ambil wang 1MDB]


5 Mei 2018

1MDB tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda
Kandasamy.



[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pindahan wang 1MDB ke akaun Najib]


11 Mei 2018

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwa
menyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan
akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.



[ARTIKEL BERKAITAN:  Mohamed Apandi didakwa sembunyi bukti slah laku 1MDB]


12 Mei 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit
1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mahathir berkata,
beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang
diklasifikasikan di bawah OSA.



[ARTIKEL BERKAITAN:  Laporan 1MDB bukan lagi rahsia]


17 Mei 2018

1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal
dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.



Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada
pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan
Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.



[ARTIKEL BERKAITAN:  1MDB perlu RM42-26 bilion untuk lunas hutang]

 
Loading...
Back To Top