Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Orang yang kata PKR tak 'survive' kini guna logo PKR - Azmin

Tiada siapa menduga orang yang dulu kata PKR tak boleh bertahan sehingga enam bulan kini menggunakan logo parti tersebut untuk bertanding pilihanraya.

Itu sindiran pedas buat Tun Mahathir Mohamad dari 'anak angkat'nya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin dalam majlis pelancaran jentara pilihanraya PKR berkata, tiada siapa menduga PKR yang ditubuhkan pada 1999 boleh bertahan selama 20 tahun sekalipun berdepan pelbagai cabaran.

"Suatu ketika dulu, tiada siapa yang boleh yakin bahawa parti ini boleh 'survive', ada yang keluar kenyataan Keadilan (PKR) hidup enam bulan tapi sekarang sudah 20 tahun.

"Orang yang menyatakan (hal) itu Insya-Allah akan gunakan logo PKR pada PRU14," katanya merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Mahathir Mohamad. 

PPBM, DAP dan PAN akan menggunakan logo PKR dalam pilihanraya umum ke 14 sebagai
Loading...
strategi untuk menarik undi Melayu dan Cina sekaligus.

Ini bermakna Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani watikah calon termasuk untuk Mahathir sendiri.

Menggunakan logo PKR juga memberikan kekuatan kepada Azmin untuk bertahan sebagai MB jika sekiranya Pakatan tersebut masih menang di Selangor.

Ini kerana Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR parti yang memang semua kerusi kerana tidak ada DAP mahupun PPBM dan PAN.

Azmin yang merupakan MB Selangor dalam pada itu berkata beliau menjangkakan beberapa kerusi di negeri itu akan berdepan pertandingan berbilang penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Menurutnya beberapa parti politik iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyatakan minat untuk bertanding di beberapa kerusi kawasan bandar.

"Kami jangka pertandingan sehingga lima penjuru di Selangor.

"Kami sudah biasa dengan senario ini kerana kami berdepan pertandingan 15 penjuru pada pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 2009," katanya.

Sebelum kajian semula persempadanan, PSM bercadang bertanding di dua kerusi parlimen iaitu Subang dan Hulu Langat serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pelabuhan Klang, Semenyih, Kota Damansara dan Sri Muda.

Susulan kajian semula persempadanan yang diluluskan dan diwartakan minggu lepas, Subang dinamakan semula sebagai Sungai Buloh sementara beberapa kerusi DUN dipindahkan dari bawah satu kawasan parlimen ke kawasan parlimen lain.

Sementara itu, semalam PRM berkata ia akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN.
Loading...
Back To Top