Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jika Kawan Sendiri Pun Sanggup Di Tikam, Bayangkan Bagaimana Dia Mahu Menjadi CM

Loading...
Umum sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib mempunyai ramai kawan dan sahabat yang berjuang bersamanya di dalam kancah politik negara. Nama-nama seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahupun sepupu beliau, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bukanlah nama asing dalam hidup beliau sejak beliau menyertai politik kira-kira lebih 40 tahun yang lalu.

Karier politik mereka berkembang seiringan dan sehingga kini, mereka masih aktif dalam berpolitik. Namun, benarlah kata-kata pemerhati politik, di dalam karier politik, tidak ada erti kawan sejati dan tidak ada erti musuh sejati. Apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata sepanjang karier politik seseorang.

Inilah yang berlaku terhadap hubungan akrab Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. Secara amnya, hubungan mereka akrab sehinggalah Shafie memilih untuk bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya mahu menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib.

Sejak itu, Shafie memilih untuk meninggalkan sahabatnya dan dia sendiri bertanggungjawab mengambil alih parti orang lain sebelum membentuk Parti Warisan Sabah yang diketahui oleh seluruh warga Sabah sebagai parti proksi Mahathir dan Pakatan Harapan.

Nyata, hal ini cukup mengecewakan Datuk Seri Mohd Najib yang merasakan, itu adalah satu tindakan yang paling pedih di hati nurani beliau sepanjang berkecimpung dalam arena politik. Dapat difahami, kesakitan yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib ini disebabkan oleh pengkhianatan yang dilakukan oleh sahabat baiknya sendiri hanya disebabkan perbezaan fahaman politik.

Melihat akan latar belakang Shafie ini, timbul persoalan, bagaimanakah nasib rakyat Sabah sekiranya dia berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 bagi negeri Sabah dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan negeri kelak? Apa yang pasti, dia mungkin akan membalas dendam terhadap seteru politiknya hanya disebabkan rasa dendam dan marah kepada mereka yang menentangnya.

Malah, dia sendiri mungkin tidak lagi mengenali rakan dan sahabatnya sendiri kerana baginya, kuasa jauh lebih utama. Juga bukan satu perkara yang mengejutkan sekiranya dia merubah seratus peratus sosio politik Sabah mengikut acuan dan kehendaknya. Ini memandangkan, orang-orang sekelilingnya sendiri sudah menampakkan belang sebelum mereka berjaya meraih kuasa.

Justeru, tidaklah terlalu mengejutkan apabila buat pertama kalinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyuarakan kesedihan beliau dengan apa yang berlaku antara beliau dengan Shafie. Sebelum ini dia boleh mengkhianati kawan baiknya sendiri. Di masa hadapan, tidak mustahil sekiranya dia mengkhianati rakyat yang mengundi dan mengangkatnya ke persada jawatan tertinggi Sabah.
Loading...
Back To Top