Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Benarkah Bukan Mahathir Yang Ke Langkawi Tetapi Mukhriz?

Loading...
Sejak beberapa bulan sebelum ini, hangat diperkatakan akan kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Langkawi. Jangkaan ini dibuat susulan minat beliau terhadap kerusi ini yang mana sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin berda di Pulau Lagenda berkenaan.

Antara alasan lain yang diberikan oleh team Mahathir adalah, keserasian beliau dengan penduduk di Kedah dan kebanyakan hasil pentadbirannya selama 22 tahun dapat disaksikan di Pulau Langkawi. Malah, menurut team ini lagi, kedudukan Datuk Ir Nawawi Ahmad selaku penyandang Ahli Parlimen ini juga tidak berada pada kedudukan yang kuat dan ini membolehkan dia menumbangkan calon BN di Parlimen ini.

Namun begitu, berapa ramai yang mungkin menyedari akan hakikat bahawa, Mahathir sebenarnya sedang mempersiapkan kedudukan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Parlimen ini? Mungkin ianya seperti satu spekulasi, namun sejak Mahathir menyertai Pakatan Harapan, dia telah dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri dari pakatan pembangkang berkenaan.

Sudah tentu, sebagai seorang bakal Perdana Menteri, dia sepatutnya diletakkan di kerusi yang diyakini mampu memenangkannya. Bagi Perlimen Langkawi, kerusi ini sebenarnya antara kerusi kubu kuat BN di Kedah. Mahathir menyedari, peluangnya untuk menumbangkan Datuk Ir Nawawi mungkin agak sukar. Justeru dia lebih berminat untuk melihat pertarungan dua pemimpin muda dan yakin, Mukhriz mampu menang di kerusi berkenaan.

Sebaliknya, Mahathir mungkin akan menumpukan kerusi di sekitar Lembah Klang ataupun mungkin Putrajaya. Antara alasan utama kenapa Mahathir lebih cenderung kepada kerusi di Lembah Klang adalah kerana, dia memerlukan rawatan susulan di IJN. Sekiranya dia memilih untuk bertanding di Langkawi, sudah tentu akan menyukarnya berulang alik ke IJN sekiranya sesuatu berlaku.

Ada kemungkinan juga dia akan bertanding di kerusi Setiawangsa, Gombak, Wangsa Maju ataupun Lembah Pantai selain daripada Putrajaya. Pastinya, dia enggan mengambil risiko besar bertanding jauh dari IJN memandangkan keadaan kesihatannya juga tidak menentu. Oleh yang demikian, rasanya, dia akan lebih selesa mencalonkan Mukhriz di Langkawi sambil dia bertanding di Lembah Klang.

Namun, semuanya mungkin akan berubah di saat akhir. Tetapi, jika kita fikirkan secara logik, ada kemungkinan kesemua perkara ini berlaku. Paling utama, Mahathir telah merancang kedudukan dia dan para pengikut setianya di kerusi-kerusi Parlimen yang dia rasa selamat untuk dia tandingi.
Loading...
Back To Top