Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Biasalah Wayang Kuat!!!! #PRU14 : Sandiwara DAP Berlakon Sedih Logo Roket Tidak Digunakan

Pandai sungguh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berlakon kononnya parti itu sedang bersedih kerana pemilihan logo PKR yang akan digunakan sebagai satu simbol untuk Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 nanti.

Parti DAP kini sedang berasa begitu sedih dan sudah merancang untuk mengadakan perhimpunan di seluruh negara untuk menerangkan keputusan pemilihan logo PKR dan tiada lagi logo DAP digunakan dalam pilihan raya kali ini.

Sebenarnya ini adalah sandiwara terbaru DAP, kerana sebenarnya mereka tahu orang Melayu yang merupakan bangsa majoriti di negara lebih ramai akan menolak DAP pada kali ini. Pengundi sudah mula tidak suka kepada DAP selepas pembubaran Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mennyingkirkan PAS.

Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang juga membuat bermacam-macam kritikan menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebabkan ramai ahli PAS tawar
Loading...
hati. Kemerosotan sokongan PAS kepada DAP juga jadi tempias kepada orang Melayu lain terutamanya dari dalam UMNO.

Parti yang majoriti ahlinya berbangsa Cina itu tahu, jika logo roket dipakai dalam poster, DAP akan kalah lebih teruk di kawasan yang pengundi berbangsa Melayu yang ramai.

Oleh sebab itu, DAP sendiri yang setuju dalam Majlis Presiden PH untuk logo PKR digunakan sekurang-kurangnya ada harapan untuk tagih sokongan orang Melayu.

Guan Eng buat drama kononnya ahli DAP marah kerana logo roket tidak akan digunakan langsung dalam pilihan raya kali ini. Beliau merayu supaya ahli DAP faham dan menganggap PRU14 adalah masa yang sangat mencabar untuk DAP.

Beliau berkata keputusan mengetepikan logo roket akan membantu melenyapkan tuduhan perkauman dan ekstremisme yang dibuat ke atas parti cauvinis itu.

Rakyat tidak akan buta kerana pemimpin tertinggi PH iaitu calon Perdana Menteri mereka ialah orang yang begitu benci dengan DAP selama lebih 22 tahun. Beliau adalah orang yang sudah banyak kali memanggil DAP parti perkauman dan parti yang menghancurkan perpaduan orang Melayu.

Perhimpunan pertama menjelaskan tentang isu itu akan diadakan hari ini di Petaling Jaya, dan ia dirancang untuk turut diadakan di Pulau Pinang.

“Kita sedar tentang ahli tegar yang terbiasa dengan simbol roket menyebabkan mereka sukar menerima keputusan tersebut,” katanya pada sidang media, Sabtu lepas

Antara yang menyuarakan rasa tidak puas hati ialah Pengasas dan ahli seumur hidup DAP, Dr Chen Main Hin.

“Kami berharap beliau boleh memahami keperluan semasa kami,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Loading...
Back To Top