Loading...
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sepatutnya sudah boleh meletakkan jawatan, kata Datuk Seri Najib Razak.
“Saya ucapkan selamat bersara kepada saudara Lim Guan Eng,” kata perdana menteri secara sinis dalam catatan di laman blognya, hari ini.
Manifesto Pakatan Harapan yang diumumkan pada Khamis antara lain mengandungi cadangan mengehadkan jawatan perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar kepada dua penggal sahaja.
“Kenapa sekarang baru nak cadangkan, kenapa bukan dahulu semasa ketua mereka jadi perdana menteri lima penggal setengah,” kata pengerusi BN itu.
Pada masa sama, Najib menyifatkan manifesto pakatan pembangkang itu penuh dengan racun berbisa.
“Bukan itu sahaja, malah manifesto mereka juga hipokrit, layaklah digelar harapan palsu,” katanya lagi.