Barisan Nasional (BN) Perak tidak tergugat dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepemimpinan tertinggi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke negeri itu bagi berkempen.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, siri jelajah PPBM itu yang berlangsung di Kamunting semalam tidak memberi kesan kepada BN.
Beliau percaya rakyat Perak lebih

Loading...
bijak menilai parti mana yang sentiasa bekerja untuk rakyat dengan parti yang hanya ‘turun’ bagi memburuk-burukkan kerajaan.
“Saya difahamkan, mereka (PPBM) melancarkan secara besar-besaran dengan seluruh kepimpinan mereka ke Kamunting, Taiping dengan mesej utama untuk menyampaikan kepada rakyat Perak bahawa bakal perdana menteri mereka adalah Mahathir.
“Pendekatan kami di Perak kami tidak turun waktu nak pilihan raya baru isytihar itu dan ini.
“Mereka (rakyat) tahu bagaimana kami bekerja. Kami tidak menanti pada peringkat akhir, kami berada di pentas-pentas dengan tidak memaki hamun. Kami berada bersama rakyat,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Bersama Menteri Besar di Petaling Jaya, pada Ahad.
Zambry percaya rakyat Perak lebih bijak menilai parti mana yang sentiasa bekerja untuk rakyat dengan parti yang hanya ‘turun’ bagi memburuk-burukkan kerajaan.
Mahathir yang juga Pengerusi PPBM turun berkempen di Kamunting, Taiping malam Ahad dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan Watan-Online