Pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih membanggakan berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
“Di bawah Najib, kita merekodkan pertumbuhan 5.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar) dalam suku terakhir 2017 berbanding zaman Dr Mahathir yang hanya kurang 2 peratus atau 3 peratus.
“Ketika zaman Dr Mahathir, penarafan kredit antarabangsa Malaysia berada pada B. Di bawah Najib, ia naik ke A tolak, iaitu antara yang terbaik di rantau ini,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu di Kepala Batas malam tadi
Ketika ini, Dr Mahathir mengetuai pembangkang sebagai

Loading...
pengerusi Pakatan Harapan (PH), selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Tegas bekas Pengerusi MARA itu, pencapaian ringgit juga lebih baik di bawah Najib.
Pada Januari tahun lalu, ringgit jatuh di kedudukan paling teruk dalam tempoh 19 tahun iaitu 4.4980 berbanding dolar AS.
Tambah Annuar, pada Januari tahun ini, dagangan ringgit kembali mengukuh di paras tertinggi sejak 2016, iaitu 3.998.
Ketika zaman Dr Mahathir, ringgit jatuh ketika krisis kewangan Asia dan terpaksa ditambat pada kadar RM3.80 untuk setiap dolar AS sehingga 2005.
“Di bawah Dr Mahathir, ringgit menjunam, tetapi di bawah Najib, mata wang kita kukuh berbanding dolar AS.
“Sekarang semua orang senyap,” kata Annuar lagi.