Kekecohan sehingga ceramah Pakatan Harapan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru Sabtu malam terpaksa dibatalkan, sebenarnya berpunca daripada sikap pemimpin parti itu sendiri.
Ianya kerana penduduk sekitar tidak mahu orang luar datang ke kawasan mereka semata-mata untuk menghentam kerajaan, apatah lagi menabur fitnah dan menghasut.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Adun Stulang Andew Chen Kah Eng yang menuduh gangguan itu berpunca daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) patut faham perkara ini.
Apatah lagi Kit Siang, kerana ini bukan kali pertama majlis dihadirinya di Johor dihalang penduduk setempat.
Pada 5 Julai 2015, sekumpulan lelaki menghalang Ahli Parlimen Gelang Patah itu daripada meneruskan ceramahnya di Taman Megah Ria, Seri Alam, Johor.
Ternyata kehadiran beliau ke Johor Bharu tidak disenangi penduduk bandaraya itu.
Manakala Chen pula patut tahu jika beliau seorang wakil rakyat yang menghormati penduduk Bakar Batu, sudah semestinya mereka juga akan menghormati beliau.
Sudah lebih empat tahun berkhidmat kepada rakyat, beliau sepatutnya menghormati jawatan itu dan tidak patut menuduh penduduk yang menghalang Program Sembang Santai Warung sebagai biadap dan kurang ajar.
Begitu juga dengan Kit Siang yang

Loading...
cukup mengenai Tan Sri Shahrir Abdul Samad tetapi menyatakan beliau akan terkejut jika Ahli Parlimen Johor Bahru itu menjadi dalang atau bersetuju dengan apa yang berlaku di Kg Bakar Batu malam tadi.
Justeru beliau mahu jawapan Shahrir mengenai insiden tersebut.
Bagi Shahrir, adalah tidak adil PH khususnya DAP menyalahkan UMNO atau BN atas insiden Kit Siang dihalau sekumpulan penduduk Kampung Bakar Batu.
Selepas melihat video yang dimuat Chen ke Facebooknya, Shahrir menegaskan bahawa beliau tidak nampak penyokong UMNO atau BN berada di tempat kejadian, seperti didakwa pemimpin PH.
“Apa yang saya boleh nampak ialah simbol parti DAP, PKR dan PPBM atas baju kumpulan YB Chen, yang juga termasuk YB Lim.
“Tetapi, saya tidak nampak sebarang baju UMNO atau BN yang dipakai penduduk kampung. Untuk menyalahkan BN, UMNO atas kejadian ini tidak adil,” katanya kepada BNBBC. portal .
Shahrir menjelaskan beliau tidak tahu siapa atau punca kumpulan penduduk kampung yang datang dari sebuah surau selepas menghadiri aktiviti keagamaan itu, mempunyai reaksi sedemikian.
Dalam pada itu mengulas persoalan dibangkitkan Kit Siang, Shahrir berkata pemimpin terbabit bebas menemui pengundi seperti “akses percuma sama yang beliau perolehi ketika tempoh berkempen pada PRU13”.
“Lagipun, beliau berada di Kampung Bakar Batu atas jemputan YB Chen,” ujar Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).
Mengenai Chen pula, Shahrir berkata, wakil rakyat Stulang itu sepatutnya telah dapat membina perasaan hormat dan kasih sayang dari kalangan pengundi yang mungkin mampu menilai dan menghargai perkhidmatannya.
“Hubungan baik beliau dengan pengundi sepatutnya membolehkannya membawa YB Lim Kit Siang ke mana sahaja di kawasan Stulang tanpa sebarang masalah. Sekarang YB Lim boleh tengok sendiri tahap sebenar keakraban wakil DAP dengan penduduk selepas lebih 4 tahun berkhidmat sebagai Adun Stulang,” tegas Shahrir.