Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak gentar dan bersedia berhadapan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kesediaan Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sekali gus mengesahkan beliau bakal mempertahankan kerusi panas tersebut dalam pilihan raya nanti.
Shahidan berkata, beliau tidak menghadapi masalah berhadapan dengan sesiapa sahaja di kerusi berkenaan kerana telah mempunyai pengalaman menentang pemimpin

Loading...
tertinggi Pas dalam pilihan raya sebelum ini.
“Tidak ada masalah, ini negara demokrasi dan boleh hadapi sesiapa sahaja yang hendak bertanding. Dahulu saya pernah melawan (bekas) Mursyidul Am Pas (Allahyarham Datuk Dr. Harun Din) dan sekarang pun sama (Hashim).
“Saya yakin rakyat mampu membuat penilaian untuk memilih kerana kita telah membuktikan dengan kerja siang dan malam sepanjang tempoh ini.
“Orang yang hendak lawan saya ini (Hashim) tiba-tiba muncul dan kita telah bersedia,” katanya selepas ditemui pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.
Semalam Pas negeri ini mengesahkan bahawa Hashim akan kembali bertanding dalam PRU-14 sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Arau yang sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan Shahidan sekiranya beliau mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya nanti.
Selain Hashim, Shahidan juga bakal berhadapan dengan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Harapan diketuai DAP di kawasan berkenaan.
Untuk rekod, Shahidan pernah menentang Harun di Parlimen Arau pada pilihan raya lalu dan berjaya menewaskan pemimpin tertinggi Pas itu dengan majoriti agak selesa. – UTUSAN ONLINE