Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PKR TERGUGAT DI PARLIMEN KUANTAN?....BIARKAN SAJA REBAH TERUS TAK APA

Menarik juga membaca laporan-laporan akhbar mengenai ceramah umum Pakatan Harapan di Kuantan malam tadi, 27 Januari 2018, yang membariskan nama-nama besar seperti Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin
Loading...
Abdullah, Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok, selain Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh, dan ADUN Teruntum dari PKR, Sim Chon Siang, sendiri.

Perkara pertama yang menarik perhatian ialah kerana Datuk Saifuddin selaku Ketua Sekretariat Pakatan Harapan dilaporkan mengakui secara terbuka bahawa pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dibuat secara terpaksa kerana "bintang harapan Pakatan Harapan cedera" dan bahawa pemilihan Tun Dr Mahathir ini “mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebilangan besar penyokong”.

Perkara kedua yang menarik perhatian ialah kerana laporan bahawa ceramah umum ini hanya dihadiri oleh “kira-kira 300 orang” sahaja walaupun ia membariskan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Setiausaha Agung AMANAH dan Timbalan Setiausaha Agung DAP yang menguatkan dakwaan bahawa kedudukan Fuziah di Parlimen Kuantan sangat tidak selamat setelah terputusnya hubungan antara PKR dan PAS.
Loading...
Back To Top