Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PKR DAN PAN ‘LAPAR KEDUDUKAN’ DI SELANGOR

Perebutan kerusi antara PKR dan Amanah di Selangor menunjukkan sikap ‘lapar kedudukan’ barisan kepimpinan kedua-dua parti berkenaan, kata  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,  Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, perkembangan politik
Loading...
semasa di negeri itu menyaksikan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang tidak akan berpuas hati dengan apa mereka miliki.

“Jawatan dan kedudukan menjadi percaturan utama dan apa yang penting, siapa patut dapat paling banyak dan jika perkara berkenaan tidak dipenuhi maka akan bergaduh, bertengkar dan londeh-melondeh sesama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas ‘percakaran’ antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin Amanah Selangor membabitkan isu pembahagian kerusi di negeri berkenaan bagi menghadapi PRU14.

Mohamed Azmin, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, sebelum ini mendakwa Amanah Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila mengatakan kononnya tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi Dun dibentuk oleh pakatan longgar itu.

Sebagai membalas kenyataan itu, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim menegaskan tiada langsung perbincangan, dan PKR hanya berbincang sesama sendiri tanpa bersama parti lain. – Bernama
Loading...
Back To Top