Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan portal berita video, KiniTV dan dua pengarahnya untuk merujuk isu perlembagaan berhubung dua pertuduhan penghantaran komunikasi jelik yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi KiniTv; dan dua pengarahnya, Steven Gan Diong Keng, 56; dan J. Premesh Chandran, 49; kedua-duanya selaku Orang Kena Saman (OKS) adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan.
Sehubungan itu, Zaman berkata mahkamah menolak permohonan portal tersebut, dan kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 15 Mei.
KiniTV dan dua pengarah itu membuat permohonan untuk merujuk kes berkenaan yang didakwa bercanggah dengan perlembagaan serta melanggar kebebasan untuk bersuara di Internet.
Terdahulu peguam Farhan Haziq yang mewakili KiniTV dan dua pengarah tersebut berhujah bahawa pertuduhan yang bercanggah dan bertentangan dengan Seksyen 3(3) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang melarang penapisan tidak boleh dikekalkan dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Ketua Pendakwaan Suruhanjaya

Loading...
Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria pula berhujah bahawa Seksyen 233 bukan bersifat menapis bahkan undang-undang membenarkan penyiaran di dalam Internet secara terbuka.
“Namun sebarang bentuk penyiaran yang berunsur lucah, jelik atau palsu akan diambil tindakan undang-undang.
“Selain itu mengenai sekatan siaran itu (komunikasi jelik) yang dikatakan melanggar kebebasan bersuara (di Internet) adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga ketenteraman awam dan moraliti. Undang-undang dibenarkan jika ia menjejaskan keselamatan awam,” katanya.
KiniTV, Gan dan Premesh Chandran sebelum ini didakwa masing-masing atas dua pertuduhan menghantar komunikasi jelik menerusi video oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada Julai 2016.
KiniTV Sdn Bhd dituduh telah membuat dan menghantar satu komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain iaitu dua versi video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan” dan “Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately” pada 10 pagi, 2 Ogos 2016 di Jabatan Peguam Negara, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.
KiniTV, yang juga anak syarikat portal berita, Malaysiakini didakwa menyiarkan dua video itu, masing-masing menggunakan pautan aplikasi di http//http://ift.tt/2foHi1z pada 1.14 tengah hari dan http//http://ift.tt/2eOapiq pada 1.34 tengah hari, 27 Julai 2016.
Sementara itu, Gan dan Premesh Chandran turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang sama.
KiniTV didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala Gan dan Premesh didakwa mengikut Seksyen 244(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.
– Bernama