Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mahathir akui PH tak mampu tunai manifesto

Pengerusi Pakatan Harapan
Loading...
(PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beberapa manifesto pilihan raya yang dilaungkan gabungan itu tidak mampu dipenuhi sekiranya berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.

Tanpa menerangkan secara terperinci, calon perdana menteri itu berkata pihaknya terpaksa membuat pindaan berdasarkan kepada kekangan kewangan negara serta kemampuan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin PH  membuat kenyataan tertentu.

“Bagaimanapun, kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan,” katanya  di Petaling Jaya hari ini.

Jelas Dr Mahathir, pihaknya sudah menyiapkan 60 manifesto PRU14 yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Loading...
Back To Top